Harian Metro

NAGA MERCU TANDA SELANGOR

-

Permatang Kuarza Gombak satu daripada keajaiban geologi dunia

naga dan dianggap sebagai mercu tanda kepada Taman Negeri Selangor.

Dengan semua keunikan yang ada, tidak hairanlah jika Kerajaan Negeri Selangor berusaha supaya PKGS diiktiraf menjadi tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

Penolong Pengarah Kanan (Ekopelanco­ngan), Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS), Muhamad Azizun Jaafar berkata, kawasan permatang ini didominasi­kan oleh spesies Baeckea frutescens (Pokok cucur atap) yang berupaya beradaptas­i hidup di batuan kuarza.

Di samping itu kawasan ini juga kaya dengan pelbagai spesies pokok renek yang sukar ditemui dan endemik seperti Aleisanthi­a rupestris, Ilex praetermis­sa, tumbuhan herba Borreria pilulifera, rumput Eulalia milsumii serta Henckelia primulina.

Selain itu, kawasan terbabit turut menjadi tempat perlindung­an kepada pelbagai spesies mamalia dan lebih 30 spesies katak yang mewakili lebih daripada satu per tiga populasi herpetofau­na (kaum katak) di Semenanjun­g Malaysia. Kata Muhamad Azizun, PKGS popular dalam kalangan pendaki tempatan dan luar negara kerana kawasan ini menyajikan sebuah panorama pemandanga­n bandar raya Kuala Lumpur dengan kehijauan hutan mengelilin­gi tasik yang menakjubka­n.

Katanya, secara purata, 2,000 pengunjung dari dalam dan luar negara datang ke kawasan ini untuk menjalanka­n aktiviti mendaki setiap bulan. PKGS menjadi pilihan kepada penggiat aktiviti lasak kerana faktor bentuk muka buminya yang mencabar.

“Namun, kawasan itu kini ditutup kepada pengunjung buat sementara waktu sejak Ogos tahun lalu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf kemudahan bagi tujuan meningkatk­an tahap keselamata­n pengunjung.

“Meskipun menerima banyak bantahan ke atas tindakan penutupan sementara PKGS, namun pihaknya terpaksa berbuat demikian demi memastikan keselamata­n pengunjung terjaga,” katanya.

Menurut Muhamad Azizun, sebelum ini, terdapat beberapa kes kemalangan dan kematian yang disebabkan oleh faktor kecuaian pendaki, justeru JPNS mengambil langkah yang drastik menyedia dan menaik taraf kemudahan sedia ada bagi keselesaan pengunjung selain menangani kemalangan daripada berulang.

 ??  ??
 ??  ?? BATU kristal yang terdapat di Permatang Kuarza Gombak.
BATU kristal yang terdapat di Permatang Kuarza Gombak.
 ??  ?? MUHAMAD Azizun menunjukka­n batu kuarza.
MUHAMAD Azizun menunjukka­n batu kuarza.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia