Harian Metro

RUGI RM8,500 DITIPU BENGKEL

-

dalam penyelengg­araan kenderaan, mangsa yang dikenali sebagai Jenny, 31, berkata, sebelum ini enjin keretanya kerap mati sebaik dihidupkan menyebabka­n dia terpaksa menundanya ke bengkel membaiki kenderaan.

“Sehari selepas saya menghantar kereta untuk dibaiki, pihak bengkel menelefon memaklumka­n bahawa sensor enjin rosak dan perlu menggantik­annya dengan kos sebanyak RM1,800.

“Namun, sebelah petang, pihak bengkel menelefon lagi menyatakan bahawa kerosakan pada sensor itu juga menyebabka­n enjin kereta saya rosak dan perlu diperbaiki dengan kos tambahan sebanyak RM3,500 serta mengambil masa sekitar tiga hari. Oleh kerana tak tahu pasal kereta, saya ikut dan terima saja,” katanya.

Namun, Jenny berkata, selepas tiga hari pihak bengkel menelefonn­ya

bagi memaklumka­n kerja membaiki sudah siap tetapi keretanya mempunyai satu lagi masalah iaitu kerosakan pada kotak gear yang perlu ditukar.

“Kos menukar baru kotak gear itu berjumlah RM6,000 tetapi pihak bengkel menyatakan akan menggantik­an dengan barangan terpakai dengan kos lebih rendah iaitu RM3,200.

“Kali ketiga dimaklumka­n saya sudah syak ditipu, tetapi memikirkan kereta masih di bengkel saya bersetuju membuat pembayaran untuk mengeluark­an kereta,” katanya.

Menurut Jenny, sebaik memperoleh keretanya, dia pergi ke bengkel lain sebelum dimaklumka­n hanya unit pengecas bateri kereta iaitu alternator saja yang ditukar manakala bahagian enjin serta kotak gear masih dalam keadaan asal dan berkeadaan baik.

“Saya dimaklumka­n bahawa punca enjin kereta saya selalu mati kerana alternator tidak berfungsi menyebabka­n ia tidak dapat mengecas semula bateri.

“Kini, saya dalam proses menuntut kembali wang yang saya bayar dan berharap pengguna kenderaan yang lain terutama wanita, lebih peka mengenai penjagaan kenderaan untuk mengelak ditipu,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia