Harian Metro

Enggan beri baki 5 sen

-

membeli barangan di kedai, saya sering kali ‘terkena’ dengan peniaga yang tidak memulangka­n baki wang sebanyak 5 sen kerana dikatakan tidak mempunyai wang itu.

Malah, apabila tidak cukup baki seperti jumlah 10 sen, 20 sen atau 30 sen, ada peniaga menyuruh saya ambil gula-gula sebagai gantinya.

Bolehkah mereka berbuat demikian sedangkan saya terpaksa mengambil tanpa rela.

- SUHANA, SUBANG JAYA

menjadi kewajipan bagi setiap peniaga untuk memulangka­n baki duit biarpun serendah 5 sen.

Peniaga tiada hak menyuruh pembeli mengambil barangan lain seperti gula-gula sebagai ganti duit. Mereka perlu mendapatka­n cara untuk memulangka­n wang baki itu.

Jika ini berlaku, kita sebagai pengguna boleh melaporkan­nya kepada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) untuk tindakan.

Jangan malu membuat laporan biarpun nilainya kecil kerana ia adalah hak kita sebagai pengguna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia