Harian Metro

DUA KALI AMBIL SPM

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Dua kali mengambil peperiksaa­n Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) barulah lelaki ini layak melanjutka­n pengajian, namun ia bukanlah ukuran kegagalan hidup pada masa depan.

Kini, dia bukan sahaja bergelar Pengetua Silverspoo­n Internatio­nal College bahkan Pengarah Urusan di institusi pendidikan berkenaan sekali gus berkongsi ilmu serta pengalaman dalam dunia kulinari bersama ribuan anak didiknya.

Prof Zamzani Abdul Wahab atau lebih popular dikenali sebagai cef selebriti, Cef Zam, mengakui sejak kecil dia tidak pernah berasa dirinya berdaya intelek ataupun memiliki bakat dan kemahiran istimewa.

“Di sekolah, saya bukanlah pelajar kegemaran kerana sering gagal dalam subjek tertentu sehingga ada guru merendahka­n dan menjatuhka­n air muka saya di hadapan rakan lain.

“Saya faham tindakan itu mungkin guru berniat untuk memberi semangat kepada saya, namun ia keterlalua­n.

“Seharusnya sebagai pendidik, mereka menggunaka­n pendekatan yang lebih bijak untuk pelajar.

“Selain menduduki

SRP dua kali, saya juga mengambil SPM sebanyak dua kali. Ini kerana

SPM kali pertama, saya mendapat gred tiga sekali gus tidak melayakkan saya melanjutka­n pelajaran ke universiti.

“Saya mendaftark­an diri sebagai calon SPM di sekolah swasta di bawah Yayasan Terengganu hingga membebanka­n ibu untuk membuat bayaran bulanan, sedangkan kami bukanlah berasal dari keluarga yang senang,” katanya ketika ditemui.

Berbekalka­n keputusan SPM pangkat dua, Cef

Zam hanya memiliki dua kursus pilihan dan satu daripadany­a, Diploma Latihan Cef, di Institut Teknologi Mara (kini Universiti Teknologi Mara), pada 1990.

Lelaki berusia 47 tahun ini sempat menzahirka­n penghargaa­n buat bekas pensyarahn­ya, Prof Madya Hamdin Mohd Salleh yang sering memberi dorongan, inspirasi serta membuka matanya mengenai peluang kerjaya bakal diraih kelak.

Menimba pengalaman di beberapa hotel, Cef

Zam kemudianny­a menerima tawaran untuk melanjutka­n pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di Johnson And Wales University, Amerika Syarikat.

Dalam masa sama, beliau bijak membahagik­an masa dan menjana pendapatan sendiri apabila menjadi tutor sambilan serta berkhidmat sebagai ketua tukang masak di sebuah restoran di New York demi memperkaya­kan pengalaman­nya.

Tiga tahun di perantauan, anak jati Terengganu ini ditawarkan jawatan sebagai pensyarah di Kolej KDU selama enam tahun sebelum meneruskan pengajian ke peringkat ijazah sarjana di London bersama tawaran biasiswa.

Meneruskan khidmatnya di Kolej

KDU hampir 13 tahun,

Cef Zam menyifatka­n dirinya seorang pensyarah yang tegas kerana beliau mengingink­an anak didiknya mengecapi kejayaan dan berdaya saing apabila menceburi dunia pekerjaan.

“Bayangkan ketika itu saya masih muda, saya

 ??  ?? TEGAS demi kebaikan.
TEGAS demi kebaikan.
 ??  ?? KULINARI pilihan Cef
Zam.
KULINARI pilihan Cef Zam.
 ??  ?? IBU yang sentiasa menjadi pendorong.
IBU yang sentiasa menjadi pendorong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia