Harian Metro

Ingin tubuh yayasan kulinari

-

1. Aktiviti masa lapang ? Saya suka melancong biarpun sendirian kerana di destinasi bakal dikunjungi, saya akan bertemu rakan baru mahupun teman lama. Saya baru pulang dari Greece, Jerman dan Belanda.

2. Aktiviti bersama keluarga?

Mak tinggal bersama saya. Selalunya kami akan keluar makan ataupun ke pasar basah bersama-sama. 3. Tip kesihatan? Selalunya saya akan bermain badminton dua kali seminggu serta ke gimnasium.

4. Makanan kesukaan? Sebenarnya saya bukan jenis yang memilih makanan tetapi jika diberi pilihan, antara kegemaran saya termasuk ayam masak merah, nasi dagang, laksam dan laksa Terengganu. 5. Pendorong? Diri sendiri.

6. Impian ingin dilaksanak­an?

Menubuhkan satu yayasan untuk membantu anak muda yang sangat bersemanga­t mempelajar­i seni kulinari.

7. Prinsip hidup?

Biarpun berkalikal­i tersungkur, jangan mengalah sebaliknya terus bangkit dan berlari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia