Harian Metro

Pakai kulit haiwan bersolat

-

Apakah hukumnya menggunaka­n kulit haiwan yang tidak disembelih sebagai pakaian dan dipakai dalam solat?

NADRAH, Georgetown

Kulit haiwan yang halal atau tidak halal dimakan, sama ada disembelih atau tidak, sesudah disamak maka ia adalah suci dan boleh dibawa bersolat kecuali anjing dan babi.

Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Apabila kulit telah disamak maka ia telah menjadi suci.” (HR Muslim)

Samak sebagaiman­a yang dimaklumka­n ialah menghilang­kan kotoran pada kulit sama ada ia daging lebihan seperti lemak, darahnya dan cecair ataupun lembap dan basah yang boleh mengakibat­kan kulit itu menjadi rosak.

Ia dibersihka­n menggunaka­n sesuatu benda yang tajam menghakis seperti tawas, kapur, garam, bahan asid dan sebagainya.

Oleh itu, penggunaan pakaian yang diperbuat daripada kulit adalah diharuskan ketika solat mahupun di luar solat. Wallahuakl­am.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia