Harian Metro

WANITA UZUR BOLEH KE KUBUR

-

Bolehkah wanita dalam haid pergi ke tanah perkuburan atau mengiringi jenazah untuk dikebumika­n?

ARINA, Petaling Jaya

Ada beberapa perkara sahaja yang dilarang ketika dalam haid. Ia berkaitan dengan tempat keluarnya haid dan ibadah yang tertentu. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu mengenai (darah) haid. Katakanlah: ‘Dia itu adalah suatu kotoran (najis).

“Justeru itu hendaklah kalian menjauhkan diri daripada wanita di tempat haidnya (kemaluan).

Dan janganlah kalian mendekati mereka, sebelum mereka suci (daripada haid). Apabila mereka telah bersuci (mandi bersih), maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintah­kan Allah kepada kalian.” (Surah alBaqarah: 222)

Perkara ibadah yang dilarang ialah solat, puasa, tawaf, membaca atau menyentuh al-Quran. Perkara yang dilarang pula berkaitan dengan darah haid dan tempat keluarnya seperti berjimak dan duduk dalam masjid. Oleh itu, tiada larangan bagi wanita dalam haid untuk pergi atau mengiringi jenazah ke kubur.

Adapun larangan wanita mengiringi jenazah ke kubur bukan kerana haid tetapi disebabkan perkara lain berkaitan adab menziarahi kubur seperti aurat dan batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Wallahuakl­am.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia