Harian Metro

Waktu sesuai sunat witir

-

Bolehkah kita melakukan solat sunat selepas melakukan solat witir (penutup)? Saya terbaca hadis menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW melakukan sunat ringkas selepas baginda bangkit daripada tidur sebelum melakukan solat sunat tahajud. Apakah solat sunat itu?

ZAHRI, Taiping

Masa solat witir terdapat perselisih­an antara ulama. Antaranya mengambil pandangan berdasarka­n sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang bimbang tidak bangun pada hujung malam, maka berwitirla­h pada awal malam, dan sesiapa yang ingin bangun pada hujung malam, maka berwitirla­h pada hujung malam.” (HR Muslim)

“Tidak ada dua witir dalam satu malam.” (HR at-Tirmizi)

Menurut pandangan mazhab As-Syafie, boleh dilakukan solat selepas solat witir dan tidak perlu diulangi solat witir berkenaan.

Beberapa hadis yang diriwayatk­an, terdapat pelbagai kaedah atau cara Rasululah menunaikan solat malam.

Antaranya hadis diriwayatk­an Ibnu Abbas RA bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: “Solat malam itu dua rakaat-dua rakaat. Jika seorang antara kalian takut masuk waktu Subuh, maka kerjakanla­h satu rakaat. Dengan itu, bererti kalian menutup solat tadi dengan witir.” (HR alBukhari)

Ada ketikanya Rasulullah memanjangk­an bacaan, ada juga meringkask­an bacaan.

Oleh itu ulama menyusun supaya mulamula dilakukan solat yang ringkas, kemudian dilakukan solat panjang atau lama dan disusuli dengan solat lebih ringan dan mudah sebagai cara memudahkan sesuatu ibadah itu dan tidak menjemukan. Namun, lakukanlah mengikut kemampuan, yang penting adalah istiqamah walaupun sedikit.

Sebagaiman­a disarankan Rasulullah bermaksud: “Amalan yang disukai oleh Allah adalah yang terus-menerus (istiqamah) walaupun sedikit.” (HR al-Bukhari & Muslim). Wallahuakl­am.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia