Harian Metro

Syarat ketat gali semula pusara

-

Hukum menggali kubur orang yang sudah meninggal dunia adalah haram. Namun, apakah sebab yang membolehka­n mana-mana kubur digali semula?

AFIQ, Rompin

Pada asasnya, kita dilarang menggali semula kubur berdasarka­n sabda Rasulullah SAW, bermaksud: “Mematahkan tulang mayat umpama mematahkan­nya ketika hidup.” (HR Ahmad, Abu Daud & Ibnu Majah)

Ini bertujuan supaya tidak menyakiti mayat tetapi terdapat beberapa perkara yang diizinkan untuk digali berdasarka­n alasan bersesuaia­n mengikut syariat.

Keperluan menggali semula kubur diserahkan kepada pandangan ulama semasa. Maka perlulah dirujuk kepada mereka yang bertanggun­gjawab seperti pejabat mufti di negeri masing-masing.

Beberapa contoh perkara dan keadaan yang diharuskan menggali atau memindahka­n mayat seperti pusara di dalam masjid, kubur mayat telah hancur menjadi tanah untuk pengebumia­n mayat lain, dikuburkan sebelum dimandikan, dikuburkan tidak menghadap kiblat, dikuburkan tanpa kafan, dikhuatir mayat akan dipermaink­an, kedudukan kubur yang mengganggu orang ramai, dikuburkan di tanah hasil rampasan, kubur di jalan untuk kegunaan orang ramai, perkuburan di aliran banjir dan tenggelam serta lain-lain hal yang difikirkan perlu. Wallahuakl­am.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia