Harian Metro

NILAI DIRI SEBELUM TUDING ISTERI “J

-

ika aku boleh menyuruh seseorang untuk sujud kepada orang lain, tentu aku akan menyuruh seorang isteri untuk sujud kepada suaminya.” (HR Ahmad, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Kehidupan berumah tangga bukan mudah jika kita tidak ada ilmu, kesabaran dan tolak ansur yang tinggi. Saya menerima pelbagai masalah mengenai saudara baru malah saya juga terima keluh kesah masalah rumah tangga mereka.

Mungkin daripada perkongsia­n gambar dan cerita harian saya bersama isteri dalam media sosial menarik perhatian, lalu ramai yang bercerita dan meminta pandangan mengenai rumah tangga mereka.

Antara yang sering diluahkan adalah isteri mula tidak menghormat­i suami selepas hidup bersama bertahun lamanya.Tidak menghidang makanan, baju tidak digosok, tinggi suara dan tidak menjaga penampilan sebagai isteri.

Suami adalah ketua dan pemimpin keluarga yang dihormati. Islam sendiri mewajibkan seorang isteri menghormat­i dan mendahuluk­an suami dalam segala hal, selagi ia tidak bertentang­an dengan syarak. Namun begitu banyak perkara sebaliknya pula berlaku, iaitu isteri hilang rasa hormat pada suami.

Tetapi saya tidak salahkan wanita 100 peratus. Kita perlu tabbayun kenapa segelintir isteri zaman sekarang sebegitu. Antara penyebab isteri jadi begitu kerana tingkah laku kita sendiri sebagai suami.

Rasa hormat terhadap pasangan sebenarnya boleh hilang gara-gara tingkah laku suami tidak sesuai dengan keinginan isteri. Mungkin kerana isteri menganggap suami melanggar prinsip yang selama ini dipegang teguh.

Ia mungkin boleh jadi hanya disebabkan perkara yang kecil, namun kerana melanggar prinsip, rasa hormat makin kurang terutama jika ia dilakukan berulang kali.

Sebagai contoh, suami sering tidak menepati janji atau terlalu kerap menipu. Asyik ulang kesilapan sama menyebabka­n isteri hilang kesabaran dan tidak hormat suami.

Ditambah pula dengan godaan syaitan yang tidak pernah berhenti mencari jalan untuk memporak-perandakan hubungan suami isteri.

Selain itu, sikap suami yang tidak menghargai isteri juga boleh menjadi punca hilang rasa hormat.

Contoh, suami tidak menghargai susah payah isteri bekerja mencari pendapatan lebih untuk keluarga. Malah suami memandang remeh kerja yang dilakukan isteri.

Perasaan marah dan sakit hati akan mencipta suasana tidak menyenangk­an dalam perkahwina­n. Apa yang dilakukan oleh suami akan dilihat tidak bererti lagi. Pada tahap ini, sikap saling menghargai mula luntur sehingga membahayak­an semua struktur perkahwina­n.

Jika suami berasakan isteri mula ada tanda tidak hormat pada suami, sudah tiba masanya anda menilai akauntabil­iti sebagai pemimpin rumah tangga yang layak dihormati. Mungkin anda tidak menunaikan hak isteri, sudah tentu rasa hormat itu akan terhakis sedikit demi sedikit.

Jika isteri ada tanda tidak hormat pada suami dalam diri, sebaik-baiknya anda mula mencari penyebabny­a. Mungkin sebagai suami kita memang ego, sombong mahupun tidak matang. Sebagai ketua keluarga, kita perlu ada ilmu dalam rumah tangga. Menjadi khalifah dalam rumah tangga tidak mudah.

Selalulah kita rujuk pada ajaran Islam. Kita tunjukkan pada isteri dan anak kita ketua keluarga yang perlu dihormati dan mampu memimpin keluarga dengan bijak.

Selalunya kita sebagai suami, perlu tunjukkan teladan yang baik. Kalau kita sebagai suami selalu berfoya-foya dengan kawan di luar bagaimana isteri dan anak mahu hormat?

Sebelum salahkan isteri dan anak, cermin dahulu diri kita. Mungkin rezeki yang kita bawa dan berikan pada keluarga daripada sumber yang syubhah.

Apabila kita sudah kenal pasti masalahnya ubahlah perlahanla­han, insya-Allah kita boleh membentuk kembali rumah tangga dengan lebih berkat.

Jangan lupa terus berdoa pada Allah.

“Ya Allah, sesungguhn­ya aku menempatka­n daripada keturunank­u di lembah yang tidak memiliki tanam-tanaman dekat rumah-Mu (Baitullah) yang dihormati (Baitul haram). Ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka. Berilah rezeki kepada mereka daripada buah-buahan supaya mereka bersyukur.”

Senyum selalu

Selalu bersangka baik Insya-Allah hati tenang

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia