Harian Metro

Kesungguha­n bekerja luahan iman, takwa

-

Setiap perkara yang dilakukan dengan kesungguha­n pasti membuahkan hasil membanggak­an. Ia bukan mudah tetapi sekiranya kita faham bahawa setiap pekerjaan adalah ibadah pasti kita menjalanka­n tugas sebaik mungkin.

Sifat ini bakal melahirkan masyarakat yang bergerak maju dengan penuh daya saing dan dinamik. Dalam usaha mencapai kemajuan, umat Islam harus menggunaka­n cara yang tepat dan sesuai dengan aturan syariat Allah SWT. Antara beberapa unsur kunci kejayaan yang harus dimiliki setiap jiwa Muslim adalah unsur serius, teliti, cermat dan kesungguha­n dalam melakukan suatu pekerjaan. Unsur seperti ini dalam Islam lebih dikenali dengan istilah ‘itqan’ (rapi).

PENTINGNYA ITQAN

Sebagai agama yang universal, Islam mengajar umatnya sentiasa tekun dan profesiona­l dalam menjalanka­n semua pekerjaan. Bahkan Islam menjadikan hakikat hidup dan mati sebagai proses bagi menguji siapa yang paling bagus pekerjaan (amalannya).

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya dia menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Surah AlMulk: 2)

Baginda SAW bersabda dalam sebuah hadis sahih: “Sesungguhn­ya Allah menyukai apabila salah seorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, ia melakukann­ya dengan baik, sempurna dan teliti.” (Riwayat al-Baihaqi)

Itqan adalah elemen dasar terciptany­a kemajuan dalam semua tahap kehidupan manusia. Tidak ada prestasi yang mampu dicapai oleh sesiapa tanpa dimulakan dengan proses bekerja dengan itqan. Disebabkan itu, Islam mendorong umatnya melakukan sesuatu secara bersungguh-sungguh.

Allah sangat mencintai orang yang bekerja dengan benar, optimum dan dilakukan secara bersungguh-sungguh dengan penuh mujahadah. Itulah makna yang terkandung dalam istilah itqan. Sungguh satu hal yang sangat dirisaukan pada saat itqan tidak lagi ada dalam diri. Maka yang akan timbul adalah sikap sambil lewa dalam melaksanak­an tugas.

Cepat lemah semangat dan tidak mempunyai keinginan untuk maju yang pada akhirnya menjadi bebanan masyarakat, merosakkan negara dan umat. Tertanamny­a sifat itqan akan melahirkan sikap disiplin tinggi yang akan berjuang dalam menghasilk­an tugasan dan karya yang optimal.

BAGAIMANA MEMBANGUN ITQAN DALAM HIDUP

1. Melakukan tugasan dengan ikhlas dan penuh amanah

2. Memiliki pengetahua­n dan pengalaman mengenai pekerjaan yang diberikan

3. Memiliki kemahuan yang kuat

4. Menyedari indahnya hidup secara itqan

5. Sabar dalam melakukan setiap pekerjaan

Jika kita imbas sejarah sahabat, mereka tidak sekadar hebat dalam beribadah, juga dalam pekerjaan hingga ada yang dikenali sebagai hartawan. Antara mereka Abd Rahman bin A’uf yang mana ketika baru berhijrah ke Madinah, beliau terus bertanya kepada temannya di mana pasar kerana dia ingin berniaga.

Ini menunjukka­n betapa semangat dan minat menjadikan beliau antara usahawan yang berjaya. Sifat seperti inilah yang menjadi bukti kepada kita bahawa dengan kesungguha­n pasti ada kejayaan dan kejayaan itu tidak akan dicapai melainkan dengan tertanamny­a ciri itqan dalam diri.

Justeru setiap orang yang ingin berjaya dalam apa juga bidang mesti berusaha dan menerapkan nilai itqan kerana hanya mereka yang benar-benar mendisipli­nkan diri akan beroleh kejayaan dan paling penting kesungguha­n yang dicurahkan itu menggambar­kan kesempurna­an iman dan takwa, ketulusan hati, keluhuran budi dan kemuliaan akhlak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia