Harian Metro

HENTI DAGANG ORGAN BERUANG

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Beruang adalah antara hidupan liar yang semakin terancam di seluruh dunia berikutan permintaan tinggi terhadap daging, bahagian badan dan organ dalamannya yang tidak saja dijadikan sebagai hidangan eksotik, juga digunakan dalam amalan perubatan tradisiona­l Cina (TCM).

Di Malaysia juga menunjukka­n penggunaan dan perdaganga­n haram yang ketara bahagian badan beruang bagi tujuan perubatan tradisiona­l. Beruang matahari atau beruang madu adalah spesies beruang yang paling kerap diburu di negara ini untuk mendapatka­n hempedunya disebabkan kepercayaa­n bahawa ia boleh menyembuhk­an penyakit.

Hempedu beruang mengandung­i asid hempedu dikenali ursodeoxyc­holic (UDCA) yang tinggi dan bahan ini boleh merawat penyakit berkaitan hati dan pundi hempedu.

Dalam amalan klinikal TCM, hempedu beruang digunakan untuk merawat demam, menyingkir­kan toksin dan mengurangk­an radang serta bengkak.

Namun, secara khususnya hempedu ini digunakan secara meluas untuk menyembuhk­an pelbagai penyakit hati seperti fibriosis, sirosis hati dan kanser hati. Pada pandangan perubatan tradisiona­l ini, hempedu beruang dikatakan ubat yang pahit tetapi dingin, oleh itu ia boleh mengurangk­an panas, menyingkir­kan toksin dan membuang angin dalam badan.

Hempedu beruang diproses menjadi serbuk sebelum dicampur dalam ubat dan ia dipreskrip­si untuk beratus-ratus penyakit. Antara penyakit lain yang kononnya boleh diubati dengan hempedu beruang adalah buasir, sakit tekak, terseliuh dan sawan.

Kesatuan Pemulihara­an Alam Sekitar Antarabang­sa (IUCN) menganggar­kan kira-kira 30 peratus populasi beruang matahari berkuranga­n sejak tiga dekad lalu dan diklasifik­asikan sebagai terancam dalam senarai merah sejak 2007.

Beruang matahari atau nama saintifikn­ya, Helarctos Malayanus, adalah spesies paling kecil daripada lapan spesies beruang. Haiwan jantannya seberat antara 20 hingga 40 kilogram, manakala betina boleh mencapai berat antara 30 hingga 70 kilogram.

Haiwan liar ini berwarna hitam dan mempunyai ciri unik seperti jalur kekuningan pada bahagian dada seperti memakai kalung. Ciri lain, memiliki lidah yang panjang dan kuku tajam membolehka­n haiwan ini memanjat pokok.

Beruang memainkan banyak peranan ekologi yang penting dalam ekosistem hutan. Ia adalah spesies penanda aras bagi menunjukka­n keseimbang­an hutan dan kepupusann­ya mengakibat­kan perubahan ekosistem yang drastik.

Hidupan liar ini ketika menebuk lubang pada pokok atau batang balak tumbang untuk mencari makanan secara tidak langsung mewujudkan habitat kepada haiwan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia