Harian Metro

Jauh hati bapa tuduh gatal

-

pernah dicabul abang tiri dan sejak itu diletak dibawah jagaan nenek. Saya dicabul sejak usia 11 tahun sehinggala­h 16 tahun. Lima tahun itu menyakitka­n dan ibu tiri menyorok kesalahan anaknya itu.

Saya mengadu pada guru dan selepas itu abang tiri ditahan.

Ibu merayu agar saya gugurkan dakwaan dan itu melukakan hati saya. Bapa pula menuduh saya menggatal menyebabka­n abang tiri bersikap sedemikian.

Hakikatnya, abang yang bertindak kurang ajar. Selepas tiga tahun, pada hari raya baru lalu, bapa datang menemui nenek dan berkata, saya dibawah tanggungja­wabnya.

Sedangkan saya sudah tidak berminat untuk mengetahui keadaan keluarga di sana. Adakah tindakan saya ‘memulaukan’ bapa itu dianggap derhaka?

DAMIA, Kuala Lumpur

di luar, kalau sembuh dapat dilihat tetapi kalau di dalam, manakan sama. Jadi, dengan pengalaman hitam dan bapa gagal melindungi semestinya itu memberi tamparan hebat.

Masalahnya bukan setahun dua saudari merana tetapi lima tahun sudah cukup menjadi sebab saudari memulaukan bapa.

Meskipun Dang Setia memahami saudari bertindak sedemikian, tidak pula bermaksud untuk menyokong. Cumanya berharap saudari lebih banyak bersabar dan berusaha memaafkan bapa.

Dalam hal ini, cuba untuk berbual dengan bapa. Biarpun tidak bersemuka, landasan lain boleh digunakan. Mulakan dengan meluahkan apa yang terbenam di fikiran tetapi masih perlu pertimbang­kan hal lain termasukla­h menghormat­i bapa biarpun terlalu kecewa.

Mana tahu, hubungan dingin antara bapa dan saudari berubah menjadi lebih baik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia