Harian Metro

CURIGA NIAT KEKASIHMET­RO TIADA AGAMA

-

Saya bercinta dengan kekasih berlainan bangsa dan agama lebih empat tahun. Mulanya saya sukar terima kerana perbezaan itu. Namun, sikapnya yang ikhlas selain tidak jemu memujuk, saya menerimany­a membuatkan saya tewas.

Malah membuatkan saya tertarik ialah cara dia mendekati termasukla­h berdebat mengenai agama membuatkan hubungan itu bertukar menjadi cinta. Sebenarnya kekasih saya dibesarkan dalam keluarga Kristian konservati­f tetapi secara peribadi, dia tidak percaya mengenai agama.

Mungkin atas faktor dia hidup terlalu lama di negara asing dan hanya pulang ketika bertugas dengan sebuah syarikat multinasio­nal di Malaysia membuatkan kepercayaa­n itu terhakis. Katanya, dia berubah sejak mengenali saya.

Namun, saya tetap ada was-was dalam hati mengenai kejujuran dirinya mendekati saya untuk mengenali agama mahupun mempunyai agenda lain.

Saya tidak bercerita mengenai kekasih kerana tidak mahu ibu bapa kalut apabila mengetahui mengenai pasangan saya itu. Jauh di sudut hati saya bimbang dengan penerimaan mereka. Apakah yang perlu saya lakukan Dang Setia, hati saya sudah mula sayangkan dia?

JAIYAH, Johor Bahru

masih menjadi ‘kayu pengukur’ utama dalam memilih calon suami. Baik untuk wanita mahupun walinya, calon sesuai perlulah meneliti pada ketakwaann­ya. Cucu baginda Rasulullah SAW, Al Hasan bin Ali RA pernah berkata pada seorang lelaki:

“Kahwinkanl­ah puterimu dengan laki-laki yang bertakwa kerana andai lakilaki itu mencintain­ya maka dia akan memuliakan­nya, dan jika tidak menyukainy­a maka dia tidak akan menzalimin­ya.” Justeru ketakwaan semestinya mereka yang beriman dan mengamalka­n segala suruhan serta meninggalk­an perbuatan dilarang oleh Allah SWT.

Bukan kesungguha­nnya memikat saudari menjadi nilai, sebaliknya dia harus sedar tanggungja­wabnya pada masa depan terutama membimbing kehidupan selepas berkahwin menurut Islam itu menjadi keutamaan. Saudari mesti bantu dia mengenali agama dan barulah dia mempunyai masa depan cerah ketika mengenali keluarga saudari.

Dalam erti kata lain, keluarga dapat lihat dia pasangan sesuai untuk saudari berkongsi hidup. Dalam hal ini perlu juga saudari bersikap telus dan mendapatka­n nasihat ibu bapa mengenai situasi saudari serta pasangan. Betul cara saudari menyampaik­an hal itu, mudahlah mereka memahami serta membantu.

Saudari perlu yakin dengan diri dan terus membimbing pasangan untuk mengenali agama. Itu keutamaan ketika ini dan barulah saudari dapat memperkena­lkan pasangan kepada keluarga dengan yakin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia