Harian Metro

Sukar terima cinta pilihan ibu

-

lelaki berusia

32 tahun dan baru mengahwini wanita pilihan ibu selepas kecewa dengan kekasih yang membatalka­n perkahwina­n pada saat akhir. Bekas kekasih juga mantan tunang saya tergamak membatalka­n perkahwina­n dalam tempoh tiga hari sebelum kami disatukan.

Waktu itu memang saya tertekan dan hampir hilang akal kerana sudah menyiapkan semua persiapan menjelang hari bahagia. Hantaran dan separuh wang kenduri sudah dihantar kepada bekas tunang.

Lebih menyakitka­n hati, dia tergamak meminta saya sendiri membatalka­n tanpa menghantar wakil pihaknya untuk meminta maaf daripada keluarga.

Keluarga saya memutuskan perkahwina­n diteruskan dengan calon lain. Tidak sangka ibu memilih anak sepupunya dan tidak dinafikan rasa kekok kerana tidak mengenali isteri. Apakah perlu saya lakukan untuk atasi kekecewaan dan menerima cinta baru?

JEMALI, Kluang, Johor

buku lama, buka lembaran baru’. Itulah perkara pertama perlu saudara lakukan termasuk cuba memaafkan bekas tunang. Meskipun tindakan dilakukan bekas kekasih itu keterlalua­n, tetapi kadangkala kekusutan mahupun bebanan emosi itu dapat dikurangka­n dengan memaafkan kesalahann­ya.

Selain itu, terima ia sebagai suratan dan selaku Muslim semestinya jelas dengan qadak dan qadar. Dengan memahami ajaran Islam, lebih mudah saudara bersenang hati.

Bagi Dang Setia, jangan gopoh-gapah kini surinya sudah bertukar. Sebaiknya ambil langkah perlahanla­han dan mengenali isteri terlebih dulu.

Mulakan dengan perkenalan dan cuba menerima kekurangan serta kelebihan si isteri. Jangan letakkan harapan tinggi, sebaliknya saling bertolak ansur. Sebenarnya percintaan selepas berkahwin lebih manis. Cari ruang untuk mengenali termasuk bertemu janji dengan isteri.

Pastinya itu mengundang kemanisan dalam kehidupan saudara dan isteri. Selain itu, jangan lupa melawat keluarga pasangan sebagai inisiatif saudara mengenali isteri. Dapatkan petua memikat isteri daripada keluarga mentua.

Insya-Allah, kehidupan saudara dan isteri saling berkenalan selepas berkahwin, jauh lebih manis daripada percintaan pernah saudara temui sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia