Harian Metro

BERGELUMAN­G BANJIR, TRAGEDI

-

terbabit dalam SAR apabila berlaku tragedi.

Katanya, bersengkan­g mata untuk membantu masyarakat ketika banjir dan tragedi adalah lumrah dalam pekerjaann­ya yang alah bisa tegal biasa.

“Walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga, ia bukan alasan untuk tidak menjalanka­n tanggungja­wab pada jabatan. Apabila sudah terbabit dalam agensi ini, bermakna perlu komited dengan tugas yang tidak mengira masa, sama ada ketika cuti perayaan atau hujung minggu.

“Selain itu, skop kerja tidak tertumpu pada satu bidang saja, malah perlu memahirkan diri dalam pengurusan pejabat, menjalanka­n operasi, latihan dan pengurusan bencana,” katanya.

Mengimbas kembali perjalanan kehidupann­ya sebelum bergelar pegawai pertahanan awam, Shaiful Azril berkata, sebaik menamatkan pengajian dalam jurusan Sains Komputer di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dia pernah bekerja sebagai pereka grafik dan ‘runner’ syarikat percetakan.

Menurutnya, pada masa sama, dia menyertai Rejimen Askar Wataniah dan berpangkat leftenan.

Disebabkan minat dan gemar membantu mereka yang dalam kecemasan serta dilanda bencana, dia tergerak hati memohon jawatan tetap dalam APM dan lulus temuduga pengambila­n pada 2006.

“Apabila menyertai APM, kita tidak boleh duduk diam, sebaliknya menyertai pelbagai kursus seperti kemahiran paramedik, menyelam, menyelamat di tempat tinggi, menangkap ular dan melawan kebakaran.

“Kemahiran ini diperoleh dan diiktiraf pusat latihan Pertahanan Awam seluruh negara dan agensi luar,” katanya.

 ??  ?? SHAIFUL Azril
SHAIFUL Azril
 ??  ?? SHAIFUL Azril membuat lawatan banjir di Kuching
SHAIFUL Azril membuat lawatan banjir di Kuching
 ??  ?? SHAIFUL Azril
memberi penerangan kepada
tentera Amerika Syarikat dan Jepun
ketika program
SHAIFUL Azril memberi penerangan kepada tentera Amerika Syarikat dan Jepun ketika program

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia