Harian Metro

T

- Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail rabiatul@hmetro.com.my

erbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi bot karam di Sungai Anap, Tatau, Sarawak pada 18 Oktober 2010 adalah antara pengalaman yang tidak boleh dilupakan Kapten Pertahanan Awam Shaiful Azril Zainal sepanjang 11 tahun bertugas sebagai pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Tragedi yang mengorbank­an 13 nyawa itu memberi kesan kepada emosi Shaiful Azril apabila dia yang bertindak sebagai ketua penyelamat APM menemui dua mangsa bot karam.

“Saya menemui dua mangsa kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian bot karam. Mangsa ditemui dalam keadaan berpakaian kemas terapung di permukaan sungai dengan seorang daripada mereka kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.

“Sehingga kini, saya masih ingat nama mangsa kanak-kanak, iaitu Alicia Emelda Sumping. Hati saya pilu melihat keadaan mayat kanak-kanak itu yang riwayatnya berakhir dalam kejadian tragis.

“Wajah ahli keluarga yang mengharapk­an keajaiban menunggu di tebing sungai setiap kali operasi dijalankan sudah cukup membuatkan hati pasukan penyelamat tersentuh dan lebih bersemanga­t untuk melakukan yang terbaik kerana kami membawa harapan keluarga mangsa,” katanya kepada Metro Ahad.

Bagaimanap­un,

Shaiful Azril menjadikan pengalaman­nya sebagai asam garam kehidupan individu bekerja dalam agensi kerajaan yang sering

 ??  ??
 ??  ?? SHAIFUL AZRIL ketika menyertai satu operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas
SHAIFUL AZRIL ketika menyertai satu operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia