Harian Metro

Remaja dakwa diliwat bekas rakan serumah

-

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun mendakwa menjadi mangsa liwat bekas rakan serumahnya dalam kejadian di dua lokasi berasingan di bandar raya ini.

Tindakan tidak bermoral lelaki berusia 30 tahun itu hanya terbongkar Selasa lalu selepas mangsa yang dipukul kerana enggan mengikut kemahuanny­a memaklumka­n kejadian kepada anggota polis yang kebetulan berada di lokasi.

Menurut sumber, sebelum itu, mangsa bersama seorang rakan lelakinya yang berada di sebuah bank di bandar raya ini jam 3.30 pagi dihampiri lelaki terbabit yang mengajakny­a ke rumah.

“Mangsa enggan mengikut kemahuan suspek kerana pernah diliwat, tetapi lelaki itu memberi jaminan tidak akan mengapa-apakan remaja berkenaan.

“Lelaki terbabit memaksa mangsa mengikutny­a namun remaja berkenaan tetap enggan.

“Lelaki terbabit yang berang memukul mangsa dan rakan lelakinya.

“Pada masa sama, anggota polis membuat rondaan di lokasi berkenaan sebelum mangsa menceritak­an perbuatan suspek terhadapny­a,” katanya, semalam.

Sumber berkata, ketika soal siasat, lelaki terbabit mengaku meliwat mangsa yang tidak lagi bersekolah dan remaja terbabit dikatakan mengenali lelaki berkenaan sejak dua tahun lalu selain pernah tinggal bersama sebelum ini.

“Mangsa mendakwa diliwat lebih 10 kali dengan kejadian terbaru berlaku pada 21 Julai lalu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan mengenai kejadian terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia