Harian Metro

MOHON PERMIT

- Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

 MPAJ halang wanita buka but kereta niaga

nasi lemak selepas kisah jadi tular

“Saya akan cuba membuat permohonan mendapatka­n permit perniagaan pada Isnin bagi membolehka­n kami berniaga,” kata Nur Ain Kadir, 30, peniaga nasi lemak yang membuka but kereta di sebuah stesen minyak di Ampang.

Kisah Nur Ain yang berniaga nasi lemak sambil menjaga tiga anaknya termasuk seorang berada dalam kendongan di tepi jalan berhampira­n sebuah stesen minyak tular di laman sosial.

Ibu kepada lima anak berusia setahun hingga 13 tahun itu berkata, sebaik perkara berkenaan menjadi tular, dia mengakui dihalang berniaga di situ oleh Majlis Perbandara­n Ampang Jaya (MPAJ), kira-kira jam 5 petang, kelmarin ketika mahu membuka perniagaan.

“Saya baru buka but kereta dan orang ramai tidak sempat membeli lagi, tiba-tiba datang penguat kuasa MPAJ meminta saya beredar dari kawasan berkenaan berikutan ia bukan kawasan perniagaan.

“Akur dengan arahan berkenaan, saya beredar dan berpusing di kawasan sekitar sehinggala­h saya terjumpa kawasan parkir di sebuah hospital di Ampang.

“Pemilik stesen minyak berkenaan turut meminta saya menghantar nasi lemak setiap pagi untuk diletakkan di premis ini bagi membantu saya sekeluarga,” katanya.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia