Harian Metro

SPRM tahan tiga individu

-

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu bagi membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel oleh FELDA Investment Corporatio­n (FIC) di Kuching, Sarawak pada 2014, semalam.

Menurut sumber, dua daripada mereka adalah pengarah sebuah syarikat yang dilantik sebagai ejen untuk menguruska­n pembelian hotel berkenaan.

Katanya, dua individu yang ditahan masing-masing berusia 47 dan 51 tahun.

“Mereka ditahan di pejabat SPRM Putrajaya pada jam 9 pagi semalam apabila hadir untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes berkenaan,” katanya.

Menurutnya, seorang lagi yang ditahan di pejabat SPRM Kuching pada jam 1.30 tengah hari adalah pengarah syarikat berusia 57 tahun yang memiliki hotel itu.

“Siasatan awal mendapati pengarah syarikat terbabit melantik syarikat ejen berkenaan untuk menguruska­n pembelian hotel itu,” tambah sumber lagi.

Sementara itu

Pengarah Jabatan

Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahka­n tangkapan berkenaan dan berkata, dua pengarah syarikat ejen sudah direman selama tujuh hari sehingga

4 Ogos di Mahkamah Putrajaya bagi membantu siasatan.

Katanya, seorang lagi suspek dijangka akan direman pagi ini di Mahkamah Putrajaya.

Kelmarin, Ketua Pesuruhjay­a SPRM,

Datuk Dzulkifli Ahmad mengarahka­n kertas siasatan dibuka untuk menyiasat pembelian hotel itu yang disyaki dibeli dengan harga yang lebih tinggi daripada pasaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia