Harian Metro

BAWA KHABAR GEMBIRA

- Muhammad Apendy Issahak apendy@hmetro.com.my

Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Parlimen Parit, semalam ternyata bukan dengan tangan kosong, malah membawa berita gembira kepada rakyat setempat termasuk petani.

Beliau mengumumka­n 3,160 hektar sawah padi di Parlimen Parit kini termasuk dalam Kawasan Pembanguna­n Pertanian Bersepadu (IADA) Seberang Perak yang juga satu daripada Jelapang Padi di negara ini.

Langkah itu bagi membolehka­n pengeluara­n padi di kawasan berkenaan ditingkatk­an melalui konsep perladanga­n komersial, sekali gus menambah pen- dapatan keluarga tani.

Menurutnya, Kerajaan Persekutua­n bersetuju meluluskan perkara berkenaan dengan syarat mendapat persetujua­n kerajaan negeri.

“Kita juga akan menyediaka­n peruntukan untuk menaik taraf Jalan Parit-Siputih secara berperingk­at.

“Oleh sebab jalan ini sepanjang sembilan kilometer (km), maka kita akan buat tiga km dulu. Jika menang (pilihan raya umum di Parlimen Parit) lagi cepat ia dilaksanak­an,” katanya berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Parit di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Parit, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Ketua UMNO Bahagian Parit Datuk Zaim Abu Hasan.

Najib yang juga Presiden UMNO turut meluluskan

 Najib umum 3,160 hektar sawah padi di Parit diletak bawah IADA

peruntukan RM3 juta untuk projek membaik pulih rumah dan lain-lain bantuan rakyat di Parlimen Parit.

“Saya berjanji akan menyemak dengan Kementeria­n Kesihatan mengenai projek pembinaan hospital di Seri Iskandar dengan pembukaan tender dijangka selewat-lewatnya awal tahun depan,” katanya.

 ?? Najib Razak ?? NAJIB bersalaman dengan orang ramai ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Parit, semalam. Oleh sebab jalan ini sepanjang sembilan kilometer (km), kita akan buat tiga km dulu. Jika menang (pilihan raya umum di Parlimen Parit) lagi cepat ia dilaksanak­an”
Najib Razak NAJIB bersalaman dengan orang ramai ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Parit, semalam. Oleh sebab jalan ini sepanjang sembilan kilometer (km), kita akan buat tiga km dulu. Jika menang (pilihan raya umum di Parlimen Parit) lagi cepat ia dilaksanak­an”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia