Harian Metro

Pengendali KR1M jual produk mahal ditamat perkhidmat­an

-

Kuala Langat: Sebuah syarikat pengendali Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) ditamatkan perkhidmat­annya kerana menjual produk lebih mahal daripada pasaran.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan tidak bertanggun­gjawab itu antara punca rakyat membenci kerajaan, sedangkan formula KR1M ialah menawarkan kualiti produk sama seperti jenama dan kedai lain, tetapi harganya jauh le- bih rendah.

“Tindakan pengendali KR1M ini tidak boleh diterima sama sekali. Kenapa jadi begini? KR1M diberi peruntukan dan tidak wajar lebih mahal daripada pasar raya biasa. Saya juga arahkan supaya lantik syarikat pengendali lain.

“Datuk Seri Najib (Razak) lakukan pelbagai perkara untuk ringankan bebanan rakyat dan apa yang berlaku mengecewak­an kita,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Langat, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, pihaknya akan mengadakan perbin- cangan segera dengan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) serta Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani bagi membantera­s kegiatan orang tengah yang mengaut untung berlebihan di dalam hasil pertanian dan perikanan.

“Mereka ada kartel yang mengawal keuntungan. Saya tidak mahu rakyat dimangsaka­n oleh peniaga serakah dan mereka ini menyalahka­n kerajaan.

“Sebab itu saya mahu duduk sama-sama dengan kementeria­n ini untuk membantera­s kegiatan orang tengah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia