Harian Metro

Sokong hab pendidikan Marang

-

Kementeria­n Pendidikan menyokong penuh cadangan menjadikan daerah ini sebagai hab pendidikan bagi Terengganu.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Marang sememangny­a sesuai dijadikan hab pendidikan berikutan komitmen kerajaan membina beberapa lagi institusi pendidikan mengikut Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

“Kami sokong untuk merealisas­ikan Marang sebagai hab pendidikan, malah sejak lima atau enam tahun lalu ada perancanga­n membina sekolah sains selain ada cawangan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Bukit Kor.

“Kami akan lihat yang mana membabitka­n kementeria­n dan bagaimana kami boleh membantu untuk merealisas­ikan Marang sebagai hab pendidikan di Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Marang, di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia