Harian Metro

Semangat pekebun muda

-

Bantuan peralatan bernilai RM50,000 yang diberi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) menambah semangat pekebun muda, Mohamad Izzat Hakim Mohd Azahari, 22, untuk meluaskan projek tanaman sayuran menggunaka­n kaedah fertigasi.

“Bermula sebagai percubaan namun kini, selepas dua tahun, saya mengusahak­an kira-kira 15,000 beg pelbagai tanaman seperti timun, cili dan kacang panjang,” katanya.

Mohamad Izzat Hakim antara 20 pekebun, penternak dan usahawan makanan bimbingan FAMA di negeri ini yang menerima bantuan barangan serta peralatan bernilai RM3,500 hingga RM110,000 pada Majlis Bersama Usahawan FAMA Pahang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia