Harian Metro

Sasar dana tabung RM5j KENA TAMPAR 271 KALI

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my

Kementeria­n Pertahanan menyasarka­n sumbangan RM5 juta bagi mengisi Tabung Pahlawan 2017.

Ketua Perhubunga­n Awam, Unit Komunikasi Strategik Kementeria­n Pertahanan Leftenan Kolonel Salawati Yahaya berkata, pelbagai kempen diadakan di tempat-tempat tumpuan orang ramai bagi memberi kesedaran menyumbang kepada tabung itu termasuk di Pasar Seni, Stesen LRT Masjid Jamek dan pusat beli-belah Pavilion.

“Kelainan kempen tahun ini kami adakan khusus untuk menarik golongan muda.

“Rakaman persembaha­n

ini juga akan dimasukkan ke media sosial seperti Facebook,” katanya kepada pemberita selepas persembaha­n

sempena Kempen Tabung Pahlawan Tahun 2017 di KLCC Park, di sini, semalam.

 Bekas komando timba pengalaman

walaupun jalani latihan getir

flashmob

flashmob

flashmob

Sanggup tempuhi pelbagai azab sengsara dan kesakitan fizikal bagi bergelar anggota komando Angkatan

Tentera Malaysia (ATM).

Malah, tanpa menghirauk­an derita dialami Kpl (B) Sani Osman meninggalk­an keluarga tersayang, selain perlu berdepan pelbagai ancaman demi keamanan negara.

Menceritak­an pengalaman menyertai ATM dalam Rejimen Grup Gerak Khas atau komando, Sani Osman berkata, dia mula menyertai ATM sejak 1990 dan bersara pada 2012 lalu.

“Berkhidmat dalam pasukan ATM banyak memberi peluang kepada saya menimba pengalaman berharga serta kemahiran.

“Semuanya bukan mudah, walaupun pada zaman saya tiada lagi pertempura­n dengan komunis, tugas dan tanggungja­wab digalas tetap sama kerana kami berkhidmat untuk negara terutama bagi menjamin keamanan kekal berterusan,” katanya.

Menurutnya, dia menjalani latihan asas komando selama tiga bulan di Sungai Udang, Melaka. Pelbagai suka duka serta dugaan perlu ditempuhi terutama dalam menghabisk­an semua modul latihan untuk bergelar komando.

“Di dalam latihan komando, terdapat beberapa latihan berat antaranya latihan di kem, latihan di laut, ikhtiar hidup dan seterusnya di peringkat akhir.

“Masih segar di ingatan, antara ujian perlu ditempuh apabila muka kami perlu ditampar sekuat hati oleh 271 anggota lain, selain berkongsi sebatang berus gigi juga bersama 271 anggota,” katanya.

Sani berkata, dia tidak dapat melupakan peristiwa memakan ular ketika latihan ikhtiar hidup.

“Ketika itu kami tiada makanan, tidak berpakaian dan perlu menjalani latihan ikhtiar hidup seminggu di hutan yang tidak boleh dinyatakan.

“Walaupun ia seolah tidak masuk akal itulah hakikat yang perlu kami harungi untuk menjadi komando ATM,” katanya.

Katanya, dalam masa sama, dia menipu ibunya sendiri dengan tidak memaklumka­n tugasnya sebenar bagi memastikan ibunya tidak berasa bimbang.

“Saya tidak berniat berbohong, tetapi saya cuma tidak mahu ibu risau apabila dia mengetahui saya menyertai ATM namun apabila saya hampir tamat latihan saya berterus-terang dengannya dan syukur dia merestui tugas saya.

“Alhamdulil­lah berkat doa dan restu daripadany­a (ibu) saya berjaya dalam perkhidmat­an ini sehinggala­h saya bersara 2012 lalu,” katanya.

Menurut Sani, ketika di dalam perkhidmat­an bersama GGK, dia ditugaskan menghapusk­an jerangkap samar ditinggalk­an komunis di Tasik Banding,

Perak.

“Operasi dijalankan itu memaksa saya meninggalk­an anak dan isteri di rumah selama dua bulan.

“Kini selepas bersara daripada ATM, saya menyertai persatuan veteran ATM sejak empat tahun lalu,”katanya.

Sani berkata, sebagai bekas tentera, dia tidak mengharap apa-apa apatah lagi untuk disanjung, cukuplah generasi muda mengenang setiap pengorbana­n mereka dalam menjaga keamanan tanah air selama ini.

“Mereka juga (generasi muda) perlu tanamkan sifat patriotik dan cintakan negara,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia