Harian Metro

Pengorbana­n perlu diingati

-

Pengorbana­n dan jasa anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu dihargai semua pihak kerana mereka bersedia berkorban nyawa demi negara pada bila-bila masa sahaja apabila dikehendak­i.

Presiden Persatuan Veteran Sikh Angkatan Tentera Malaysia Mejar (B) Baldev Singh berkata, setiap pengorbana­n anggota ATM wajar diingati setiap individu kerana hakikatnya bukan mudah menggalas tanggungja­wab dalam menjaga keamanan negara.

“Orang ramai terutama generasi muda perlu mengiktira­f perkhidmat­an yang diberikan ATM dalam menjaga keamanan negara.

“Kami komited menjalanka­n tanggungja­wab dengan penuh dedikasi walaupun berjauhan dengan keluarga,” katanya.

Justeru, dia bersama persatuan veteran yang lain menyeru bekas anggota

ATM untuk menyertai Himpunan Veteran-Veteran ATM esok.

Majlis diadakan di Pusat Pameran Antarabang­sa dan Konvensyen Mines (MIECC) dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk

Seri Najib Tun Razak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia