Harian Metro

KORBAN MEMANCING

- Kalidevi Mogan Kumarappa dan Fardy Bungga am@hmetro.com.my

Seorang anggota polis Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang lemas selepas bot yang dinaikinya bersama empat lagi rakannya terbalik ketika dalam perjalanan ke Pulau Pasir Putih, Empangan Semenyih, kelmarin.

Dalam kejadian 11 malam itu, mangsa, Lans Koperal Amer Nur Rashid Abdul Rashid, 28, lemas manakala sembilan lagi rakannya berjaya menyelamat­kan diri.

Penolong

Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.48 malam berhubung kejadian berkenaan.

“Mangsa, Amer Nur Rashid Abdul Rashid berjaya ditemui anggota bomba pada jam 11.26 pagi semalam manakala sembilan lagi rakannya ditemui pada jam 6.58 pagi.

“Difahamkan mangsa bersama tiga anggota polis lain dan beberapa pemancing Orang Asli dalam perjalanan ke Pulau Pasir Putih, Empangan Semenyih untuk memancing.

“Ketika dalam perjalanan bot yang dinaiki mereka dikatakan terbalik. Rakan mangsa bagaimanap­un

 Anggota polis mati lemas, sembilan rakan selamat

berjaya menyelamat­kan diri dengan berenang ke tebing pulau berkenaan sebelum menyedari kehilangan mangsa,” katanya.

Menurutnya, mangsa ditemui enam meter dari lokasi bot terbalik di dasar tasik pada kedalaman tujuh meter.

“Difahamkan sebelum itu, bot yang sama digunakan membawa lima lagi rakan mangsa menyeberan­g ke pulau berkenaan.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kajang untuk bedah siasat,” katanya.

Amer Nur Rashid bertugas di Cawangan Khas IPD Sepang dan berasal dari Kampung Bangau Parit, Temerloh, Pahang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia