Harian Metro

‘SAYA MAHU MENANG-MENANG’

- Khairulmiz­an Yahya am@hmetro.com.my

 Keluarga terbabit insiden tangki air bumbung Kompleks Teruntum pecah harap pampasan setimpal

“Sejurus ditimpa air tangki pecah, kami empat beranak tercampak malah anak perempuan luka di mulut selain tiga giginya tercabut manakala anak bongsu pula luka di kepala,” kata Nor Akmal Nordin, 39, mangsa kejadian tangki air pecah di Kompleks Teruntum di sini, 23 Julai lalu.

Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Belukar itu berkata, pada kejadian jam 1 tengah hari itu, mereka sekeluarga baru keluar dari kompleks terbabit untuk ke surau berdekatan.

Katanya, gigi anak keduanya, Nur Aliyah Maisara, 8, tercabut malah menerima empat jahitan masing-masing dua di luar dan dua di dalam mulut.

“Anak bongsu, Ahmad Aisy Ammar yang berumur tiga tahun menerima lima jahitan di kepala selain calar pada badan,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a di Bandar Damansara, di sini, semalam.

Nor Akmal berkata, dia

dan isteri, Zahidah Zakaria, 38, yang juga guru di SK Bukit Goh cedera ringan serta sudah sembuh sepenuhnya.

“Kami belum membuat sebarang keputusan untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap pihak berkenaan dan bergantung pada perbincang­an serta tawaran daripada mereka namun saya berharap biarlah situasinya menang-menang.

“Saya tidak berniat untuk mengambil kesempatan namun mengambil kira keadaan anak saya terutama anak kedua. Dua daripada gigi yang tercabut itu adalah gigi kekal,” katanya.

Terdahulu, keluarga terbabit dikunjungi wakil kerajaan negeri, Datuk Shafik Fauzan dan Pengurus Badan Pengurusan Bersama (JMB) Mohd Zaid Harun yang turut menyampaik­an bayaran pendahulua­n pampasan RM8,000.

Sementara itu, Mohd Zaid berkata, pihaknya menyampaik­an bayaran pendahulua­n pampasan RM12,000 kepada semua mangsa yang cedera dalam kejadian itu manakala bagi mangsa yang mengalami kerosakan harta seperti kereta dan motosikal akan dibayar ganti rugi mengikut tuntutan yang dibuat.

Pada kejadian 23 Julai lalu, empat individu cedera manakala sekurang-kurangnya 10 motosikal dan tiga kereta rosak apabila dinding bangunan runtuh selepas tangki air di bumbung Kompleks Teruntum pecah.

 ?? FOTO: ?? SHAFIK (kanan) menyampaik­an wang pendahulua­n pampasan kepada Nor Akmal (tengah) di kediamanny­a
FOTO: SHAFIK (kanan) menyampaik­an wang pendahulua­n pampasan kepada Nor Akmal (tengah) di kediamanny­a

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia