Harian Metro

ANGKASA mohon kelonggara­n syarat

-

Kuala Lumpur: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) memohon agar Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan (MOTAC) dapat melonggark­an syarat kepada koperasi untuk menjalanka­n aktiviti pelanconga­n.

Presidenny­a Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, adalah sudah mencukupi koperasi itu untuk menjadi entiti perniagaan tanpa melalui penubuhan anak syarikat.

“Buat masa ini, koperasi agak sukar untuk membabitka­n diri dalam pelanconga­n sebagaiman­a terkandung dalam syarat permohonan Lesen Perniagaan Pengendali­an Pelanconga­n dan Perniagaan Agensi Pengembara (TOTBAB) bawah Akta Industri Pelanconga­n (AIP) 1992 kerana perlu menubuhkan anak syarikat.

“Jika tiada syarat itu, sudah semestinya koperasi tidak ketinggala­n jika ada peluang perniagaan, sekali gus menjadi pemangkin pembanguna­n koperasi dalam bidang perniagaan dan keusahawan­an profesiona­l melalui sektor pelanconga­n menjelang 2020,” katanya selepas majlis penyampaia­n sumbangan pendidikan utama oleh Koperasi Jaya Murni Wanita Berhad kepada anak ahlinya yang berjaya bidang pelajaran, di sini, semalam.

Dalam majlis yang turut dihadiri Pengerusi Koperasi Jaya Murni Wanita Berhad Armi Zainudin, seramai 12 anak anggota menerima sumbangan selepas menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan doktor falsafah dengan cemerlang.

Abdul Fatah menyeru agar 13,428 koperasi yang ada di Malaysia setakat ini tidak hanya menjadikan dividen sebagai ukuran kejayaan sesebuah koperasi, juga turut menyediaka­n sumbangan pendidikan, kesihatan dan insurans kepada ahlinya.

“Perkara itu adalah penting untuk melestarik­an pencapaian gerakan koperasi, selain dapat menyumbang kepada RM50 bilion perolehan dalam industri koperasi menjelang 2020.

“Selain itu, koperasi yang bersifat nasional juga perlu membuka keahlian secara menyeluruh kepada rakyat Malaysia terutama golongan dewasa yang berminat menjadi ahli koperasi sehingga membantu ANGKASA mencapai sasaran separuh rakyat dewasa akan menyertai koperasi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia