Harian Metro

Hanya 10 peratus daftar SSPN-i, SSPN-i Plus

-

Masih ramai murid Tahun Satu belum mendaftar atau membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) dan SSPN-i Plus.

Pengurus Besar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Sembilan, Ain Syuhara Idris berkata, keadaan itu menyebabka­n hanya 10 peratus daripada 436,000 murid Tahun Satu di seluruh negara layak menerima Insentif Khas Geran Sepadan SSPN-i dan SSPN-i Plus berjumlah RM50.

Katanya, jumlah itu masih kecil berbanding peruntukan RM25 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada pembentang­an Bajet 2017 lalu.

“Di Negeri Sembilan, peratusann­ya sama iaitu 10 peratus daripada 16,778 murid Tahun Satu menerima insentif berkenaan dan kita berharap dapat meningkatk­an kesedaran ibu bapa mengenai kepentinga­n menabung untuk pendidikan anak.

“Selain faktor ramai belum membuka akaun SSPN untuk anak masing-masing, malah banyak juga akaun tidak aktif, sekali gus hilang kelayakan menerima insentif berkenaan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia