Harian Metro

6 pelajar terpilih ke Pertanding­an Toyota Eco Youth 2017

-

Idea kreatif enam pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Syed Ahmad berjaya membantu penduduk Taman Jati Fasa 2 dan pengurusan Masjid Muadzam Syah di Pekan Kuala Nerang, di sini, untuk menjimatka­n penggunaan elektrik sehingga 20 peratus sejak tujuh bulan lalu.

Projek Jimat dan Cekap Elektrik dilaksanak­an sejak Januari lalu apabila sekolah berkenaan terpilih mewakili Kedah dalam Pertanding­an Toyota Eco Youth 2017 peringkat kebangsaan.

Pengetua sekolah itu Rosleesham Saad berkata, pihaknya memilih enam pelajar terbaik iaitu Hafizah Mohammad Rozi, Nurul Asyikin Zainal Abidin, Bee Jian Sien, Muhammad Nor Nadzmi Ab Wahab Arif Arman Mazlan dan Muhammad Alif Hilmi Khairil Hazaimi, semua 16 tahun bagi menyertai projek berkenaan.

“Objektif projek ini bagi mengurangk­an kesan pengeluara­n karbon yang semakin serius masa kini dan mereka dibimbing tiga guru iaitu Siti Hajar Johari, 35, Hafizuddin Yahaya, 30, dan Rushayati Abdul

Rahim, 31.

“Pelajar turut membuat kaji selidik membabitka­n 30 daripada 231 rumah di Taman Jati Fasa 2, di sini, dan mengenal pasti punca berlaku pembaziran elektrik dengan mendapat kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan agensi lain untuk mempromosi­kan kaedah penjimatan elektrik di rumah dan masjid berkenaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia