Harian Metro

YouCanDuit mampu jana pendapatan sampingan

-

Kempen YouCanDuit yang dilancarka­n Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) mampu menjana pendapatan sampingan peserta menerusi platform digital seperti e-Rezeki dan e-Usahawan.

Presiden Hal Ehwal Korporat MDEC Razaleigh Zainal berkata, e-Rezeki dan e-Usahawan yang menjadi dua program teras semakin mendapat perhatian golongan berpendapa­tan rendah terutama suri rumah, pelajar dan belia untuk meningkatk­an pendapatan masing-masing.

Katanya, berdasarka­n rekod, seramai 51,000 peserta e-Usahawan dilatih pada tahun lalu dengan 30 peratus daripada mereka berjaya menjana pendapatan sampingan dengan rekod jualan keseluruha­n RM48 juta.

“Untuk 2017, kita sasarkan jumlah jualan keseluruha­n RM60 juta melalui 80,000 peserta baru e-Usahawan, selain RM70 juta melalui 100,000 peserta baru e-Rezeki,” katanya ketika ditemui sempena pelancaran YouCanDUit peringkat negeri, semalam.

Pada majlis itu, tiga usahawan iaitu Zamaluddin Salleh, 50, Sarah Mahmud, 35, dan Mohamad Hatta Mahat, 27, turut diperkenal­kan kerana berjaya meraih pendapatan sehingga RM12,000 sebulan.

Sementara itu, Zamaluddin dari Permatang Pauh, Bukit Mertajam, berkata dia mula meminati bidang usahawan sejak berada di sekolah menengah dengan menjual serbuk kopi secara kecil-kecilan di kampung mulai 1997.

 ??  ?? RAZALEIGH (dua dari kanan) memberi cenderamat­a penghargaa­n kepada Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (dua dari kiri) sempena pelancaran YouCanDUit peringkat negeri, semalam.
RAZALEIGH (dua dari kanan) memberi cenderamat­a penghargaa­n kepada Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (dua dari kiri) sempena pelancaran YouCanDUit peringkat negeri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia