Harian Metro

KDN laksana tindakan drastik

-

Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) akan melaksanak­an tindakan drastik iaitu turun ke penempatan ‘koloni’ pelarian yang sudah dikenal pasti bagi mengambil data biometrik pemegang kad Pesuruhanj­aya Tinggi Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR).

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, tindakan itu perlu diambil memandangk­an hanya 60 individu daripada 150,000 pelarian berdaftar dengan KDN di seluruh negara diambil data biometrik, walaupun perbincang­an untuk mendapatka­n data berkenaan dipersetuj­ui sejak April lalu.

Katanya, beliau hairan mengapa agensi antarabang­sa seperti UNHCR enggan bekerjasam­a dengan KDN, malah tidak mengambil data biometrik daripada pelarian yang diberikan kad.

“Kita (KDN) perlu mendapatka­n data biometrik pelarian dan ia penting untuk perkara berkaitan keselamata­n dan penguatkua­saan.

“Ada dalam kalangan pelarian tinggal melebihi 10 hingga 20 tahun dan amat penting bagi kami mengetahui siapakah mereka dan kegiatan dilakukan mereka di sini,” katanya pada sidang media selepas melawat Projek Sungai Segget, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia