Harian Metro

MAKAN ULAR PANGGANG

- Agensi

 Ikhtiar hidup budak 10 tahun selepas

24 hari lari dari rumah

Seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang melarikan diri dari rumah selama 24 hari memberitah­u dia memakan tumbuhan dan ular untuk terus hidup.

Lebih menarik lagi, kanak-kanak yang dikenali sebagai Miu itu mengembara sejauh hampir 500 kilometer sebelum ditemui polis baru-baru ini.

Kanak-kanak itu dilaporkan melarikan diri dari rumahnya di sini pada 29 Jun lalu selepas dipukul oleh bapanya.

“Pada mulanya saya langsung tidak fikirkan apa-apa. Saya hanya mahu melarikan diri dari ibu bapa saya,” kata Miu kepada wartawan.

Menurutnya, selepas beberapa hari keadaan bertambah sukar apabila dia demam akibat berjalan di dalam hujan.

“Saya teringat keluarga saya pernah merebus daun dandelion ketika saya demam.

“Jadi saya mengambil mangkuk yang pecah dan pemetik api bagi merebus herba yang saya petik di hutan sebagai ubat,” jelasnya.

Tidak lama kemudian, Miu sihat semula dan dia memutuskan untuk pergi ke wilayah Sichuan yang terletak kira-kira 500 kilometer dari bandar ini.

“Saya tidur di atas daun basah di dalam hutan atau di atas jerami di gudang milik petani,” katanya.

Miu juga mengutip barangan kitar semula untuk dijual dan menggunaka­n duit itu bagi membeli makanan.

“Apabila tiada duit saya memakan buah-buahan hutan dan menangkap ular sebelum memanggang haiwan itu sebagai hidangan,” jelasnya.

Bagaimanap­un, Miu akhirnya ditemui polis pada 22 Julai lalu ketika berjalan berhampira­n Sichuan dan terus menghubung­i bapanya.

Miu akhirnya disatukan semula dengan keluargany­a dan kanak-kanak itu berjanji tidak melarikan diri dari rumah lagi.

 ??  ??
 ??  ?? MIU ketika bertemu semula bapanya (kiri) selepas ditemui polis di Sichuan baru-baru ini. - Agensi
MIU ketika bertemu semula bapanya (kiri) selepas ditemui polis di Sichuan baru-baru ini. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia