Harian Metro

BOLEH SAMPAI EROPAH

- Agensi

 Korea Utara lancar ujian kedua peluru berpandu

yang mampu serang New York, London

Pemimpin Korea Selatan, Kim Jong-un memberi amaran keras kepada Amerika Syarikat (AS) sejurus kejayaan ujian kedua Peluru Berpandu Rentas Benua (ICBM) yang dipercayai pakar mampu mencapai sasaran yang lebih jauh.

Jong-un semalam berkata, ujian kedua ICBM kelmarin menunjukka­n negara itu kini mampu menyerang bandar di AS dengan senjata nuklear.

Pakar berkata, peluru berpandu menyasarka­n Los Angeles, Denver dan Chicago malah boleh mencapai hingga ke New York dan Boston.

Walaupun Jong-un tidak pernah menyatakan keinginan untuk menyerang Eropah tetapi ujian terbaru itu menunjukka­n London, Paris, Berlin dan Rome semuanya berada dalam jarak sasaran.

Roket Hwasong-14 dilaporkan mencapai ketinggian 3,724 kilometer dan terbang sejauh 998 kilometer sebelum jatuh di perairan berhampira­n Jepun.

Tidak lama selepas pelancaran itu, tentera AS dan Korea Selatan mengadakan latihan tembakan peluru berpandu.

Pakar percaya, ujian pertama ICBM Korea Utara pada 4 Julai lalu mungkin boleh mencapai sasaran sejauh Alaska dan dalam ujian kedua ini jaraknya meningkat lebih jauh lagi.

Agensi Berita Pusat Korea Utara (KNCA) melaporkan, Jong-un gembira dengan kejayaan ujian kedua berkenaan.

KCNA yang memetik Jong-un sebagai berkata, ujian itu membuktika­n kebolehper­cayaan sistem ICBM Korea Utara dan kemampuan untuk menyerang mana-mana wilayah dan lokasi pada bila-bila masa dengan semua kawasan AS berada dalam jarak sasaran.

“Kejayaan ini menghantar amaran serius kepada AS yang sering meniup ancaman perang dan sekatan berat yang tidak memberi apa-apa makna,” katanya.

Kedegilan Jong-un mengejar cita-cita nuklearnya meresahkan dunia terutama musuh utama Korea Utara iaitu AS, Korea Selatan dan Jepun.

 ??  ?? JONG-un (kanan) bersama pegawainya meraikan kejayaan ujian kedua peluru berpandu Hwasong-14 kelmarin. - EPA
JONG-un (kanan) bersama pegawainya meraikan kejayaan ujian kedua peluru berpandu Hwasong-14 kelmarin. - EPA
 ??  ?? GAMBAR yang disiarkan agensi berita Korea Utara menunjukka­n pelancaran roket ICBM Hwasong-14 di satu lokasi rahsia kelmarin. - AFP
GAMBAR yang disiarkan agensi berita Korea Utara menunjukka­n pelancaran roket ICBM Hwasong-14 di satu lokasi rahsia kelmarin. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia