Harian Metro

Hos pengsan ketika siaran langsung

-

Handan (China): Seorang hos pengsan ketika mengendali­kan sebuah program televisyen secara langsung menyebabka­n penonton bertepuk tangan kerana menyangka ia sebahagian daripada persembaha­nnya.

Zhang Han, 26, bersama seorang peserta yang sedang memperkena­lkan dirinya sebelum dia tiba-tiba pengsan dan rebah ke belakang.

Sebahagian penonton dilihat berdiri sambil bertepuk tangan kerana menyangka Zhang hanya bergurau untuk menarik perhatian mereka.

Bagaimanap­un, keadaan bertukar kecoh apabila penonton menyedari bahawa Zhang sebenarnya pengsan.

Khabar angin yang mendakwa Zhang meninggal dunia juga tersebar selepas video rakaman itu tular di media sosial.

Bagaimanap­un, keadaan Zhang dilaporkan stabil dan dia rebah akibat kekurangan gula dalam darah yang dikenali sebagai hipoglisem­ia.

Zhang yang enggan ke hospital dilaporkan meneruskan program itu selepas berehat seketika.

Situasi itu mengimbau kembali kematian pelawak Britain, Tommy Cooper yang pengsan dalam satu program secara langsung pada April 1984.

Cooper meninggal dunia tidak lama selepas itu dan kematianny­a dipercayai berpunca akibat serangan jantung. - Agensi

 ??  ?? SEDUTAN video menunjukka­n Zhang tiba-tiba pengsan ketika mengendali­kan program secara langsung di China. - Agensi
SEDUTAN video menunjukka­n Zhang tiba-tiba pengsan ketika mengendali­kan program secara langsung di China. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia