Harian Metro

Seorang maut, 6 cedera dalam serangan di Hamburg

-

Hamburg: Seorang mangsa terbunuh dan enam yang lain cedera selepas ditikam seorang lelaki yang juga pelarian di sebuah pasar raya di sini kelmarin.

Serangan berlaku di sebuah pasar raya di Barmbek apabila suspek menikam seorang lelaki berusia 50 tahun hingga mati.

Suspek kemudian menyerang beberapa lagi mangsa ketika melarikan diri sebelum ditangkap oleh orang ramai dan polis.

“Serangan ini bermotifka­n kebencian,” kata Datuk Bandar Hamburg, Olaf Scholz.

“Saya sangat marah apabila mendapati suspek adalah individu yang mahu mencari perlindung­an di Jerman tetapi mengalih kebenciann­ya terhadap kami,” tegasnya.

Polis berkata, suspek berusia 26 tahun itu dilahirkan di Emiriah Arab Bersatu tetapi warganegar­a dan identitiny­a belum dapat disahkan.

Portal berita, Spiegel Online melaporkan suspek dikenali sebagai Ahmad A yang datang ke Jerman untuk mendapatka­n perlindung­an.

Suspek juga dilaporkan mempunyai sejarah kesihatan mental dan dadah.

Penyerang dalam proses untuk diusir tetapi tertangguh akibat kekurangan dokumen pengenalan diri. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia