Harian Metro

Iran teruskan program peluru berpandu

-

Kerajaan Iran semalam mengecam sekatan baru oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap program peluru berpandu negara itu dan berikrar untuk meneruskan pembanguna­n roket berkenaan.

“Kami akan meneruskan dengan kuasa penuh program peluru berpandu ini.

“Kami menganggap tindakan oleh AS itu sebagai satu bentuk permusuhan, keji dan tidak dapat diterima,” kata jurucakap Kementeria­n Luar Iran, Bahram Ghasemi.

Menurutnya, sekatan terbaru itu satu usaha melemahkan perjanjian nuklear dengan AS dan negara kuasa besar dunia yang menarik balik beberapa sekatan terhadap Iran pada 2015.

“Bidang ketenteraa­n dan peluru berpandu adalah dasar domestik kami dan negara lain tiada hak untuk campur tangan atau mengkritik.

“Kami mempunyai hak untuk bertindak balas dan mengambil tindakan sepatutnya terhadap sekatan itu,” tegasnya.

Sekatan yang turut menyasarka­n Russia dan Korea Utara itu diluluskan Dewan

Senat AS kelmarin, dua hari selepas diluluskan Dewan Perwakilan. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia