Harian Metro

RUSUHAN LANDA LONDON

- Agensi

 Bantahan kematian lelaki kulit hitam

ketika ditahan polis bertukar ganas

Berpuluh-puluh penunjuk perasaan menghalang Jalan Kingsland di timur London dan bertempur dengan polis kelmarin sebagai membantah kematian seorang pemuda kulit hitam ketika ditahan polis.

Rusuhan yang bermula pada petang kelmarin itu berlarutan hingga ke awal pagi dengan sekurang-kurangnya seorang penunjuk perasaan ditahan pihak berkuasa.

Rashan Charles, 20, meninggal dunia di hospital pada minggu lalu selepas anggota polis cuba menahannya di sebuah kedai di Jalan Kingsland.

Rakaman kejadian itu tular di media sosial dan mencetuska­n kemarahan orang ramai.

Pada petang kelmarin, sekumpulan remaja dilihat memanjat sebuah lori yang kemudian merempuh halangan berhampira­n Jalan Kingsland.

Kumpulan perusuh kemudian membakar tong sampah di jalanan menyebabka­n asap hitam menjulang ke angkasa.

Beberapa rakaman video juga menunjukka­n anggota polis yang lengkap dengan peralatan antirusuha­n bertempur dengan kumpulan penunjuk perasaan.

Keganasan itu mengimbau kembali rusuhan di London pada 2011 yang berpunca daripada kejadian polis menembak mati seorang lelaki, Mark Duggan, 29, di Tottenham.

Anggota polis berkuda juga dikerah untuk menyuraika­n kumpulan penunjuk perasaan yang masih berkumpul di kawasan itu.

Beberapa helikopter polis juga berlegar di ruang udara London ketika penunjuk perasaan membaling objek dan mercun ke arah polis.

Polis berkata, walaupun keadaan kini kembali terkawal, pihak berkuasa masih diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi mengelak keganasan tercetus semula.

 ??  ?? PENUNJUK perasaan dilihat membakar tong sampah dan objek lain dalam rusuhan kelmarin. - Agensi
PENUNJUK perasaan dilihat membakar tong sampah dan objek lain dalam rusuhan kelmarin. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia