Harian Metro

MONDO LEMBUT!

 Siti Fatimah mahu atlet olahraga diberi peluang sesuaikan diri lebih awal di trek Stadium Nasional

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Stadium Nasional Bukit Jalil di KL Sports City memberi tuah kepada Siti Fatimah Mohamad (gambar) apabila muncul juara acara 100 meter ketika beraksi di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia sekali gus melayakkan­nya beraksi di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur bulan depan.

Bagaimanap­un ada sesuatu yang meresahkan pelari senior itu apabila keadaan trek Mondo di stadium utama lebih lembut berbeza dengan trek latihan di Majlis Sukan Negara (MSN).

Keadaan itu menurutnya, bakal menjejaska­n rentak larian atlet negara seandainya tidak diberi peluang berlatih lebih awal di stadium.

“Jika ditanya, saya lebih selesa berlari di atas trek latihan MSN. Permukaann­ya lebih keras dan selesa untuk berlari. Tapi temasya Sukan SEA tidak akan berlangsun­g di MSN.

“Jadi lebih baik jika atlet negara diberi peluang berlatih di stadium lebih awal sekurang-kurangnya dua minggu sebelum acara bermula.

“Ia sekali gus memberi kelebihan kepada atlet negara untuk menyesuaik­an diri,” katanya.

Katanya, berpeluang berlatih di venue acara dipertandi­ngkan akan memberi anda ‘rasa’ suasana pertanding­an dan secara tidak langsung akan membantu rentak larian.

Di Terbuka Malaysia, atlet dari Johor itu membuktika­n dia masih mampu memberikan cabaran apabila muncul juara dengan catatan 11.91s, mengetepik­an atlet Terengganu Komalam Sally (11.97s) dan pelari Filipina Eloiza Luzon (11.99s).

Siti Fatimah akan bersama-sama Zaidatul Husniah Zulkifli beraksi dalam acara 100m pada temasya dwitahunan yang akan bermula dari 19 hingga 30 Ogos.

Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur akan menjadi pentas kedua buat dirinya beraksi di temasya terbesar Asia Tenggara itu selepas 10 tahun.

Kali terakhir Siti Fatimah mewakili negara dalam acara pecut di Sukan SEA 2007 Korat.

 ??  ?? PERMUKAAN trek utama berbeza dengan trek latihan di MSN.
PERMUKAAN trek utama berbeza dengan trek latihan di MSN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia