Harian Metro

Pamer pecutan memberangs­angkan

- Daripada Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Suzuka, Jepun: Pasukan Satu Hati Honda Team Asia mempamer prestasi memberangs­angkan apabila bakal bermula di kedudukan ke-10 perlumbaan Suzuka 8 Hours di Litar Suzuka hari ini.

Pada sesi ujian masa 10 pasukan terbaik semalam, Dimmas Ekky Pratama mencatat masa 2 minit 09.966 saat untuk catatan terbaik pasukan manakala seorang lagi pelumba Ratthapong Wilairot mencatat 2:10.561s.

Pelumba negara Md Zaqhwan Zaidi yang turut berada dalam pasukan tidak diturunkan kerana peraturan perlumbaan hanya membenarka­n dua daripada tiga pelumba bagi setiap pasukan beraksi pada sesi ujian masa.

Meskipun sekadar bermula di kedudukan ke-10, pengurus pasukan Satu Hati Honda Team Asia Makoto Tamada tetap berpuas hati dengan pencapaian barisan pelumbanya.

“Kedudukan ke-10 boleh diterima kerana barisan pelumba kami kurang berpengala­man.

“Mereka nampak sangat gementar sebelum sesi itu kerana perlu melakukan catatan masa paling pantas tanpa boleh melakukan beberapa pusingan pemanas badan.

“Yang penting untuk perlumbaan yang mengambil masa lama ini adalah catatan konsisten bagi setiap pusingan, bukan ketika sesi kelayakan.

“Saya tetap percaya mereka mampu menamatkan perlumbaan esok (hari ini) di kedudukan terbaik,” katanya.

Sebanyak 68 pasukan mengambil bahagian dalam saingan ini.

Sementara itu seorang lagi pelumba negara Azlan Shah Kamaruzama­n berpeluang menduduki podium pada perlumbaan hari ini selepas pasukan diwakiliny­a Kawasaki Team Green meraih kedudukan ketiga terbaik, semalam.

Rakan sepasukan Azlan, Leon Haslam mencatat masa terpantas 2:06.381s untuk membolehka­n pasukannya itu menduduki tempat ketiga perlumbaan sebenar hari ini.

Seorang lagi pelumba yang beraksi untuk Team Green, Kazuma Watanabe mencatat masa sepusingan lebih perlahan berbanding Haslam.

Seperti Zaqhwan, Azlan juga tidak diturunkan kerana peraturan sama.

Pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah pula yang beraksi bersama Team Kagayama bersama-sama dua rakan sepasukann­ya, Yukio Kagayama serta Naomichi Uramoto bakal bermula di tempat kesembilan.

Yamaha Factory Racing Team mendominas­i aksi Superpole semalam sekali gus bakal bermula di tempat pertama hari ini sementara pasukan Yoshimura Suzuki Motul Racing di tempat kedua.

 ??  ?? DIMMAS (dua kanan) berbincang bersama kru pasukan.
DIMMAS (dua kanan) berbincang bersama kru pasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia