Harian Metro

Kurang persiapan punca tewas

-

Bukit Merah: Hasrat pelumba berpengala­man Masziyaton Mohd Radzi menjuarai kategori Terbuka Wanita tidak kesampaian apabila tewas kepada pelumba Thailand, Sarocha Kamonlakho­n.

Kurang persiapan dipercayai menjadi faktor Masziyaton dari Team SBS Giant tidak dapat memberikan cabaran selepas ketinggala­n kepada wakil Thailand All Star.

“Saya kecewa dengan kegagalan ini. Sebenarnya saya tidak dapat membuat persiapan rapi bagi menyertai perlumbaan ini kerana menjaga ibu sakit.

“Saya berehat enam bulan dan tidak menjalani sebarang latihan,” katanya.

Pada perlumbaan yang membawa peserta melalui kawasan berbukit dan pasir dan sawah padi di daerah Kerian itu, Sarocha mencatat kepantasan 1 jam 39 minit 16 saat manakala Masziyaton 1’43:25s

Noor Azian Alias dari Team Deuter Pinky ketiga 1’46:47s.

Sementara itu, pemenang tempat kedua kategori Lelaki Junior Master, Zukri Tahir pula mengakui kesilapan saat akhir menyebabka­nnya tewas kepada pelumba Thailand Surachet Sun Jui.

“Saya melakukan kesilapan di saat akhir hingga menyebabka­n pelumba Thailand itu menang dengan hanya beberapa saat. Tapi memang salah saya sendiri,” kata Zukri yang jelas kecewa.

Begitupun pelumba dari Polygon Malaysia Racing Team itu tidak berputus asa dan bertekad bangkit dalam dua lagi kejohanan selepas ini di Terengganu dan Selangor bagi meraih semula kejuaraan bagi kategori itu.

“Perjuangan belum berakhir walaupun kali ini (semalam) saya tumpas. Tapi saya percaya dengan latihan konsisten saya mampu memberikan lebih baik,” katanya.

 ??  ?? FAUZAN catat satu jam 30 minit 20 saat.
FAUZAN catat satu jam 30 minit 20 saat.
 ??  ?? URUS SETIA menyambut ketibaan peserta di garisan penamat.
URUS SETIA menyambut ketibaan peserta di garisan penamat.
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada penonton yang hadir memeriahka­n kejohanan.
SEBAHAGIAN daripada penonton yang hadir memeriahka­n kejohanan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia