Harian Metro

MISI CIPTA SEJARAH

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

 Hisham percaya anak buah mampu duduki tiga terbaik

Skuad hoki ais lelaki negara berada dalam persiapan terbaik untuk mencipta sejarah tersendiri dengan meraih pingat sulung di Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur yang akan berlangsun­g bulan depan.

Menurut pengurus pasukan Hisham Yahaya, buat masa sekarang segala persiapan berjalan lancar termasuk sesi latihan yang dibahagika­n kepada dua - di gelanggang ais dan gimnasium.

“Kita juga mahu pemain bersedia dari segi mental dan perkara ini memerlukan kerjasama bersama Institut Sukan Negara (ISN),” katanya.

Jelasnya, untuk memantapka­n persediaan skuad hoki ais negara, mereka sudah melakukan perlawanan persahabat­an menentang kelab dari Taiwan dan Thailand.

“Ketika menentang kelab Taiwan itu kami menang sekali dan empat kali tewas, namun tujuan utama ketika itu adalah untuk melihat formasi. Kelab Taiwan itu terkenal dengan corak permainan pantas, jadi ia juga memberi peluang kami menguji barisan pertahanan.

“Menentang kelab Thailand pula kami berjaya mencatat empat kemenangan dan ia bertujuan menguji rangkaian serangan, bagaimana untuk menjaringk­an gol serta cara melakukan pemecahan,” kata Hisyam.

Ditanya mengenai sasaran, beliau berkata skuad negara berharap mampu menjadi antara tiga negara terbaik seterusnya meraih pingat.

“Daripada lima negara yang mengambil bahagian saya lihat dua negara yang mampu mencabar kita adalah Thailand dan Filipina,” katanya.

Antara pemain yang diharapkan mampu menyinar bagi membantu Malaysia mendapatka­n kedudukan paling baik di temasya dwitahunan ini ialah Loke Ban Kim (28 tahun), Bryan Lim (18), Hariz Oryza (17) dan Aqeel Hisham.

 ??  ?? GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia