Harian Metro

‘MAHU SEHEBAT CANNAVARO’

-

Soalan (S): Anda salah seorang pemain utama skuad elit Program Pembanguna­n Bolasepak Negara (NFDP), boleh kongsikan di posisi manakah anda bermain dan mengapa memilihnya?

Jawapan (J): Saya bermain di posisi pertahanan tengah dalam pasukan NFDP dan skuad B-15 Malaysia. Saya bermain posisi berkenaan kerana mahu bertanggun­gjawab menjaga benteng pertahanan pasukan kita.

S: Siapakah idola anda di bahagian itu?

J: Kalau pemain luar negara ada dua - Fabio Cannavaro dan Sergio Ramos. Tapi, jika pemain tempatan, saya meminati orang kampung saya Faiz Subri.

S: Untuk menjadi seorang pemain pertahanan terbaik apakah ciri-ciri yang perlu ada selain fizikal?

J: Selain daripada fizikal pemain pertahanan juga perlu berani untuk berdepan lawan dan mesti mempunyai kekuatan mental yang kuat bagi menahan asakan.

Ketenangan dan bijak membaca pergerakan bola juga antara elemen penting yang harus ada pada pemain pertahanan.

S: Pasukan elit NFDP disasarkan untuk layak secara merit ke Piala Dunia Remaja B-17 pada 2019, setakat ini bagaimana persiapan pasukan?

J: Alhamdulil­lah sekarang ini persiapan kami berjalan lancar untuk menghadapi Kelayakan Piala AFC (Konfederas­i Bolasepak Asia) pada September. Jadual kami cukup padat dengan beberapa aksi persahabat­an dan kejohanan jemputan yang perlu diikuti. Pada April lalu, kami ke Itali bagi menyertai kejohanan di negara itu. Malah, pada Ramadan lalu, kami ke Belanda dan Perancis beraksi dalam beberapa aksi persahabat­an untuk memantapka­n persembaha­n.

S: Pengendali pasukan, Lim Teong Kim sudah banyak melahirkan pemain terbaik dunia ketika beliau bergelar jurulatih di Akademi Bayern Munich. Apa nasihat dan teguran yang sering diberikan kepada anda untuk menjadi pemain bertaraf

dunia?

J: Beliau selalu menekankan aspek disiplin dalam pasukan. Beliau juga memberitah­u jika dalam latihan, jurulatih mahu kami semua mempunyai sikap yakin, fokus, komitmen, kesungguha­n dalam latihan.

S: Apa impian anda sebagai pemain bola sepak?

J: Sudah tentu saya mengimpika­n untuk mengikut jejak Faiz Subri memenangi Anugerah Tahunan FIFA dan tidak kisah menang apa-apa pun. Kalau boleh saya nak jadi seperti Cannavaro yang berjaya muncul pemain terbaik dunia biarpun dia hanya bermain di posisi pertahanan tengah saja. Impian lain pula,

 Ali idam kejayaan tertinggi dalam karier seorang pemain pertahanan

saya ingin membawa Malaysia bermain di Piala Dunia selain beraksi di luar negara bersama kelab terbaik Eropah, sekali gus membanggak­an keluarga saya.

 ?? Ali Imran Sukari ?? Kalau boleh saya nak jadi seperti Cannavaro yang berjaya muncul pemain terbaik dunia biarpun dia hanya bermain di posisi pertahanan tengah saja”
Ali Imran Sukari Kalau boleh saya nak jadi seperti Cannavaro yang berjaya muncul pemain terbaik dunia biarpun dia hanya bermain di posisi pertahanan tengah saja”
 ??  ?? ALI bersama ayahnya di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).
ALI bersama ayahnya di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).
 ??  ?? CANNAVARO
CANNAVARO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia