Harian Metro

HAFIZ TAK GENTAR

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my Muhammad Saif Zubiri Pendang, Kedah

 Pelari negara berterima kasih dengan tunjuk ajar Poad yang bantu pecah rekod Jegathesan

“Terlebih dulu saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak terutama jurulatih Mohd Poad Md Kasim yang sentiasa mendoakan kejayaan saya

Kehadiran beliau amat bermakna kerana sudah membantu saya melakar dua rekod baru kebangsaan dalam acara 100 dan 200 meter.

Saya sendiri semacam tidak percaya dengan kejayaan memadamkan rekod berusia 49 tahun yang dipegang Tan Sri Dr M Jegathesan sebelum ini.

Sejak tahun lalu saya mengimpika­n untuk memecahkan rekod 200m meter dan akhirnya berjaya. Arahan jurulatih adalah berlari seperti biasa, iaitu semasa menjalani latihan tanpa sebarang tekanan.

Aksi di Sukan SEA, saya akan cuba yang lebih baik kerana jurulatih turut percaya saya mampu berlari lebih pantas ketika temasya sebenar nanti.

Saya percaya dan yakin kerana akan beraksi di tempat sendiri dan selesa dengan trek Stadium Nasional Bukit Jalil.

Saya tidak perlu takut dengan lawan kerana sudah mendapat keyakinan mencukupi. Jurulatih sudah memberikan­nya.

Bagaimanap­un ini satu petunjuk yang bagus menjelang Sukan SEA. Saya sudah diberikan latihan mencukupi serta motivasi, saya akan mengikut arahan jurulatih tidak kira dalam acara 100 atau 200m.

Bagi 4x100m pula, saya percaya gandingan bersama rakan sepasukan akan bertambah baik apabila kami lebih kerap menjalani latihan nanti.

Saya cuba yang terbaik dengan harapan menghasilk­an tiga emas yang disandarka­n.

Semua atlet mempunyai peluang yang sama untuk menang. Cuma yang mem- bezakan kami keyakinan dan semangat tinggi. Justeru saya mengharapk­an doa rakyat Malaysia supaya daspat melakukan yang terbaik di Sukan SEA nanti.”

 ??  ?? HAFIZ disamping Poad ketika memecahkan rekod Jegathesan.
HAFIZ disamping Poad ketika memecahkan rekod Jegathesan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia