Harian Metro

MANE KEMBALI BERAKSI

- Agensi

Berlin

Bintang Liverpool, Sadio Mane sedia untuk kembali bermain selepas berehat panjang akibat kecederaan dan dia akan diturunkan pada perlawanan persahabat­an menentang Hertha Berlin hari ini.

Mane akan turun buat kali pertama sejak April selepas sembuh daripada kecederaan lutut dan sudah melengkapk­an sesi latihan penuh. Danny Ings turut sedia untuk kembali bermain tetapi penyerang itu tidak akan disenaraik­an pada perlawanan yang berlangsun­g di Olympiasta­dion itu.

Pengurus Jurgen Klopp berkata di dalam laman web rasmi kelab: “Danny tidak akan berada dalam skuad. Terlalu awal untuk dia diturunkan tetapi Sadio sudah tentu bermain.

“Keadaan Danny amat baik tetapi untuk dia kembali bermain dalam masa terdekat ini, adalah agak terburu-buru. Kami sedang memikirkan untuk menurunkan­nya bersama skuad B-23 kerana terdapat kekosongan penyerang di dalam skuad berkenaan tetapi pada masa sama, ia seperti tidak masuk akal.

“Kami perlukan dia di sini supaya dapat menjalani latihan bersama kami tetapi untuk aksi esok (hari ini), kami tidak akan menyenarai­kan namanya.”

Sementara itu, Andrew Robertson akan membuat penampilan pertamanya dengan jersi Liverpool di Berlin. Robertson menyertai Liverpool dari Hull City awal bulan ini dan menyertai sesi latihan pasukan di Rottach-Egern.

Ketika ditanya mengenai kemungkina­n pemain pertahanan kiri itu akan bermain pada perlawanan persahabat­an berkenaan, Klopp menjawab: “Ya. Esok (hari ini) kami akan menggunaka­n semua kesempatan yang ada kerana kami akan mengharung­i empat perlawanan seminggu mulai esok. Kami perlu bersedia.

“Kami akan memberi peluang kepada semua pemain yang kami bawa untuk bermain. Ia termasuk Andrew.”

Emre Can turut tersenarai dalam kelompok 22 pemain Reds yang akan mengharung­i perlawanan menentang Hertha Berlin.

Pemain tengah itu yang memasuki tempoh 12 bulan terakhir kontraknya, akan tampil buat kali pertama pada pramusim kali ini selepas membantu Jerman memenangi Piala Konfederas­i.

“Ya (dia akan berada dalam pasukan). Selepas lama berehat, dia tidak sabar untuk bermain. Itu sikap seorang pemain bola sepak sebenar,” kata Klopp.

 Bintang Reds itu akan turun menentang Hertha di Olympiasta­dion

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia