Harian Metro

Stones tekad bangkit musim ini

-

Nashville: Pertahanan Manchester City, John Stones mengaku dia terluka melihat ramai rakan sepasukann­ya kecewa dengan persembaha­nnya walaupun dibeli dengan harga mahal dari Everton musim lalu.

Pemain berusia 23 tahun itu yang kini menjadi pertahanan ketiga termahal di City selepas kehadiran Benjamin Mendy dan Kyle Walker, berdepan masuk mengecewak­an di Etihad sekali gus memaksa jurulatih Pep Guardiola menggugurk­annya beberapa kali.

Selepas Stones menamatkan musim dengan kembali mendapat kepercayaa­n Guardiola, namanya kembali tersenarai ketika pengendali itu berusaha menguatkan pertahanan pasukannya.

Stones kekal menjadi benteng tengah dalam perancanga­n Guardiola tetapi pemain antarabang­sa England itu mengaku dia berdepan masalah prestasi musim lalu.

“Memang,” kata Stones pada temubual ekslusif bersama ESPN FC menjelang aksi Piala Juara Antarabang­sa menentang Tottenham di Nashville.

“Orang kerap memerhatik­an jumlah yuran perpindaha­n anda tetapi itulah bola sepak. Ia sebahagian daripada sukan ini tetapi saya sedang menumpukan perhatian kepada usaha untuk memastikan nama saya ada dalam kesebelasa­n utama, bermain baik dan mahu pasukan kami menang.

“Jika anda berusaha seperti saya, sudah tentu tekanan luar tidak memberi kesan terhadap anda. Saya tidak katakan bahawa tekanan itu tidak berat. Setiap pemain pernah melalui tempoh buruk dalam karier.

“Bagi saya, ia bukan soal tekanan dari luar, ia hanya mengenai saya sendiri. Saya pasti tertekan jika tidak dapat melakukan tugas dengan baik.

“Anda pasti sedih apabila anda mengakibat­kan pasukan tewas. Itulah yang paling melukakan.” - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia