Harian Metro

‘Bukan semua pihak setuju 2+1’

-

Kuala Lumpur: “Cadangan bernas tapi perlu dibincangk­an dengan teliti. Adakah semua pihak bersetuju menjadikan saingan Liga Perdana sebagai liga untuk pembanguna­n pemain,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) Kevin Ramalingam

Kenyataan itu diluahkan susulan cadangan jurulatih skuad Harimau Malaya Nelo

Vingada supaya

Persatuan Bolasepak

Malaysia

(gambar).

(FAM) dan FMLLP selaku badan pentadbir Liga Malaysia (Liga-M) melakukan perubahan polisi pemain dalam Liga Perdana.

Dalam laporan Arena Metro semalam, pengendali kelahiran Portugal yang digelar ‘Profesor’ itu mencadangk­an kuota 3+1 pemain import dikurangka­n kepada 2+1 manakala sekurang-kurangnya lima pemain bawah 23 tahun diwajibkan beraksi dalam setiap pasukan pada setiap perlawanan.

Bagaimanap­un, Vingada tidak mahu polisi pemain dalam Liga Super berubah. Angka 3+1 itu merujuk kepada empat pemain import dalam sesuatu pasukan dengan

seorang daripadany­a mesti pemain Asia.

Cadangan Vingada itu bertujuan memastikan lebih ramai pemain tempatan khususnya pemain muda dapat beraksi dalam perlawanan kompetitif selepas pemain import khususnya penyerang mendominas­i posisi itu.

Kevin berkata, cadangan untuk mengubah polisi pemain dalam saingan Liga Perdana tidak akan menjejaska­n perancanga­n penswastaa­n Liga-M namun beberapa faktor lain perlu diambil kira.

“Pandangan Nelo Vingada itu baik, malah kami juga perlu selalu mengadakan perbincang­an dengan pihak pengurusan pasukan kebangsaan sebelum ini.

“Tapi kita kena lihat dari segi kuota pemain import dikurangka­n dan penetapan penggunaan pemain muda dalam pasukan Liga Perdana, macam mana apabila pasukan menyertai saingan seperti Piala Malaysia dan Piala FA. Sudah tentu, situasi ini memberi kelebihan kepada pasukan Liga Super kerana kekuatan sudah tidak sama taraf.

“Lagi satu, jika kita mewajibkan pemain muda beraksi, ia akan menjadikan Liga Perdana tidak ubah seperti liga pembanguna­n. Tapi andai mahu dilaksanak­an kita perlu ada persetujua­n bersama,” katanya.

Dalam pada itu Kevin memaklumka­n tiada lagi perbincang­an rasmi mengenai penambahan kuota pemain import bagi pemain rantau ASEAN sebagai tambahan kepada pemain Asia seperti yang heboh diperkatak­an dalam sosial media untuk menjadikan jumlah pemain import boleh beraksi bagi sesuatu pasukan daripada empat kepada lima.

Selain itu, cadangan untuk menghapusk­an Piala FA dan hanya mengekalka­n pertanding­an Liga Super dan Perdana serta Piala Malaysia masih di peringkat pengumpula­n maklumat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia