Harian Metro

Waspada ancaman Brunei: Adib

-

Lumpur: Kapten skuad bawah 22 tahun negara (B-22) Adib Zainudin mengingatk­an rakan sepasukan supaya tidak mengambil mudah aksi menentang Brunei apabila Malaysia membuka kempen Kumpulan A Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur di Stadium Shah Alam pada 14 Ogos depan.

Pemain pertahanan tengah itu berkata, apa yang berlaku ke atas Indonesia dan Thailand pada saingan kelayakan Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok minggu lalu harus dijadikan iktibar buat mereka supaya tidak memandang rendah pasukan lawan.

“Saya tidak menganggap Brunei dan Singapura sebagai pasukan lemah dalam saingan Kumpulan A, kita kena berhati-hati pada perlawanan pertama.

“Kita lihat apa yang berlaku kepada Indonesia dan Thailand di Bangkok sebelum ini. Indonesia terlalu yakin untuk menewaskan Malaysia yang ketika itu dianggap pasukan bermasalah dan akhirnya mereka kalah 0-3.

“Thailand juga sama, sebagai pasukan pilihan, mereka sekadar seri 1-1 dengan Mongolia pada aksi pertama. Dalam bola sepak apa saja boleh berlaku, kita tidak boleh mengambil mudah perlawanan pertama,” kata Adib kepada Arena Metro.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia