Harian Metro

PKNP LAYAK SUKU AKHIR

- Devinder Singh devinder@nst.com.my

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC menjadi pasukan pertama layak ke suku akhir Piala Malaysia selepas menang selesa 4-1 ke atas kelab Liga Super T-Team di Tanjung Malim semalam.

Pasukan bimbingan Abu Bakar Fadzim itu kekal di tangga teratas Kumpulan A dengan 10 mata ketika menempah kelompok suku akhir dengan saingan berbaki dua perlawanan.

“Misi kami untuk layak ke suku akhir sudah tercapai. Kini kami boleh memberi fokus terhadap Liga Perdana untuk perlawanan besar menentang Kuala Lumpur pada 4 Ogos,” kata Abu Bakar.

“Pujian buat pemain kerana bekerja keras untuk kemenangan ini walaupun tanpa rehat mencukupi. Pada dasarnya, saya menggunaka­n kebanyakan pemain yang sama bagi sembilan perlawanan kami musim ini kerana mereka berhak untuk diturunkan.

“Tapi untuk perlawanan Piala Malaysia selepas ini (menentang Pahang) pada Selasa, saya mungkin merehatkan beberapa pemain untuk memberikan mereka rehat kerana kami tidak lagi tertekan.”

Bagi jurulatih T-Team Rahmad Darmawan, kekalahan itu adalah yang kelima dalam semua perlawanan yang menyaksika­n mereka melepaskan 18 gol.

Dalam perlawanan di Stadium Proton itu, penyerang

 Abu Bakar gembira dengan prestasi anak buahnya

Korea Selatan Kim Hyeon-woo yang kembali daripada kecederaan menjaringk­an gol pertama pada minit ke-30 sebelum Shahrel Fikri Fauzi menggandak­an pendahulua­n sembilan minit kemudian untuk jaringan peribadi ke-16 musim ini.

Hafiz Ramdan menjadikan­nya 3-0 sebaik separuh masa kedua bermula dengan Vincent Weijl menambah satu lagi pada minit ke-72. Joseph Yannick Ndjeng merapatkan jurang gol untuk T-Team, 11 minit sebelum tamat.

 ??  ?? HAFIZ (kanan) meraikan kemenangan PKNP.
HAFIZ (kanan) meraikan kemenangan PKNP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia